Ngarut Jap!
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 4/06/2009 01:23:00 PTG
0
Malasnya aku nak buat job ni... Tapi nak kena submit esok... Aku dah mual la dengan kerja-kerja proposal Laporan Tahunan ni... Shushah Shusah...
6 April, 10 Rabiulakhir... Mengikut kalendar tahun Islam, harini hari jadi aku... Takde special pun, cuma mengingatkan diri aku bahawa biasa tahun kelahiran hanya di sambut mengikut tahun Masihi sahaja. Ini pertama kali bagi aku, harini aku tandakan sebagai hari jadi aku juga... Biarpun tak sepopular tahun-tahun Masihi sebelum ini, ia juga menjadi aras untuk aku melakukan apa yang mampu aku buat. Tapi kenapa aku malas harini? Leka dengan cuti yang dikumpul dari hari Sabtu dan Ahad membawa ke hari ini? Macam biasa, aku lewat masuk office. Kerja yang menimbun yang memerlukan aku lebih kerah idea serta tangan yang mencapai tetikus dan papan kekunci, serta mata yang terus menghala ke Monitor SONY, acapkali aku selalu berkhayal dengan duniawi... Bermain dengan imaginasi yang karut untuk mendapatkan idea yang biasa digunakan di mana-mana agensi pengiklanan membuatkan aku semakin ketandusan idea... Ntah kenapa aku bosan harini, bosan dengan kerja yang setiap bulan aku makan gaji ini.
Kat luar hujan. Sebenarnya aku nak pergi bank, lunch dan bersantai mata kat Shopping Mall berdekatan. Nak cari idea la katakan... Tapi semua terbantut membuatkan jari jemariku rajin untuk menaip kat blog masa ni... Tak ada idea, tapi ada idea pulak nak mengarut kat blog ni... Haih, aku masih bosan, nak makan kat kedai mamak kat bawah tu dah muak. Mamak! mamak! mamak! Kat depan tu ada kedai Abe Kelate, tapi nak menapak kena tempias hujan plak... Nak kuar motor cabuk aku, pun dah tentu aku kena hujan jugak... Kenapa aku tak naik kereta je harini? Satu hal la pulak aku nak cari parking. Ditambah dengan Jem lagi. Kalau parking merata, saja je DBKL cari pasal. Aku lapar... Lapar... Idea... Idea... Idea... Kalau dah ada idea pun, kalau tak rajin tak jalan jugak... Adeh!!!

Comments (0)
Catat Ulasan