Convert Belt Lock...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/15/2009 12:03:00 PG

0

Malam ni aku telah melakukan kerja-kerja pengubahsuaian terhadap "Rear Belt Lock kepada kerusi MOVE dari kerusi KENARI". Terima kasih kepada Shofi kerana membantu aku mencari cara penyelesaian bagaimana mengelakkan seat belt kerusi belakang tak boleh masuk ke kerusi MOVE dari belt KENARI... Nasib baikla Shofi tu dekat je rumah aku. Gerak jap jumpa dia kat Caltex Kampung Melayu Subang. Kerana aku takde peralatan untuk kerja-kerja penukaran ini, susah pulak nak buat kerja... Sementara buat-buat kerja tu, dapat lah aku bertukar-tukar fikiran dan bersembang apa yang patut...

Kerja-kerja menukang telah berlaku di mana Shofi dah godek aku punya seat, dan agak ketat sikit skrunya... Nasib la dia ni kuat... Aku cuma nak dia cabut je skru tu, selebihnya aku buat sendiri... Jadinya, dah cabut skru tu, selesailah sudah kerja-kerja untuk men'convert' belt lock tu dari MOVE ke KENARI...

Inilah rupanya belt lock KENARI asal punya... Tu dah di potong jahitannya dari belt asal...


Yang ni pulak, belt lock MOVE punya, disebabkan seat belt KENARI tak boleh masuk kat belt lock MOVE, maka itulah sebabnya aku nak tukar... Kalau boleh masuk seat belt pun ketat, nak bukak pulak dah satu kerja... Kalau ikutkan, orang belakang pakai seat belt tu tak boleh bukak, tak ke naya?


Kerja-kerja potong jahitan dari belt lock tu pun dah selesai. Jadinya tinggalla kerja-kerja aku nak tukar belt lock KENARI nak masuk kat tali belt lock ni pulak...


Ha... Nila resultnya bila dah tukar belt KENARI dari MOVE. Satu kerja dah selesai, tinggal mungkin esok atau lusa aku nak pegi kedai jahitan samada kedai jahitan baju ataupun kedai jahitan kusyen. Kalau pegi kedai jahitan baju, mau patah kang jarum jahit tu... Mana-manalah... Yang penting aku kena jahit jugak...

Comments (0)