Jom Larikkkkk!!!!
Posted by nizam_5282 | Posted in Jenaka , Luahan | Posted on 4/27/2009 01:04:00 PTG
0
Korang pernah tak berpengalaman macam aku? Yela masa dulu-dulu time zaman remaja yang rasanya zaman kejahilan lagi, (masa ni jugak lagila kot). Yela mana taknya, dulu-dulu kan kalau mak ayah korang la duduk depan tengok TV kat ruang tamu. Kita tengah syok layan satu cerita tak kira la TV3 ke, NTV7 ke, TV2 ke. Lebih-lebih lagi masa hari Khamis Malam Jumaat. Tengah je melayan satu cerita kat TV3, tiba-tiba iklan. Mulala tangan ni merayap nak kalih-kalih siaran TV. Kalih punya kalih, terkalih satu cerita kat TV1-Ehwal Islam. Masa tu ntah kenapa ada suara kat belakang "Ha jangan kalih, Mak nak tengok cerita ni..."
Nak marah tak bleh, nak geram tak bleh. Yela, Mak la katakan. Dah tu siaran nya pulak berunsur keislaman. Ntah kenapa rasa punggung ni terpaku je kat kerusi rasa gundah gulana. Nak angkat kaki rasa berat, nak buat kerja-kerja dengan cara membelek-belek bahan bacaan rasa berat jugak. Mulala jugak perasaan ni rasa nak buat kerja-kerja lain (konon busyla tu, ada pulak kerja lain nak buat. Tadi masa tengah melayan TV takla pulak ada kerja).
Ada sahaja helah nak melarikan diri dari menonton rancangan Ehwal Islam itu. Setan ni saja je merasuk jangan tengok cerita ni. Cara mengelaknya ialah saja-saja nak pergi tandas, pastu terus masuk bilik tak keluar... Nak tau apa dialog mak aku? "Bila rancangan camni taknak tengok, kalau cerita maksiat tu terpacak je depan tv". Aduhla, tersentap je rasanya ayat tersebut. Memang tak leh melawan punya... Huhu...
Minggu kemudiannya kalau dah teringat ayat camtu oleh mak aku, kalau ingat je hari Khamis malam Jumaat tangan ni jangan la dok gatal tekan TV1. Takpun kalau nak terkucil, bawak sekali remote tu kat toilet tak pun sorok... Adehla, buruk betul perangai... Kadang-kadang diorg ni dah set dah tanya "Malam ni malam apa ye? Cuba tengok-tengok TV1 kalau ada apa-apa cerita best". Perli ke apa ni? Huhu... Kononnya kalau cerita selain TV1 tu tak best, terpaku gak menonton konon-kononnya best la cerita tu asalkan jangan tengok Ehwal Islam. Jahat betul kami adik-beradik. Degil tak hengat...
Kini tidak lagi, sebab aku dah makin dewasa. Kalau ada la balik kampung kena pulak hari Khamis malam Jumaat, saja ambil hati tengok Ehwal Islam... Konon dah baik la tuh!! Ceit... Tapi kan, kalau layan best jugak kan? Ada jugakla pengajaran yang boleh diambil dari rancangan tu... Tapi kalau tak balik kampung, jangankan nak tengok rancangan tu, saja-saja buat tak ingat... Hampeh... Adakah ini perkara biasa berlaku pada anda? Sebenarnya, siapa yang baca thread ini, sama je cam aku... Jangan nak tipula...

Comments (0)
Catat Ulasan