NOS 24/04/2009

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 4/25/2009 02:59:00 PG

0

Aktiviti NOS sentiasa berlaku pada kelab Kenarianz setiap hari Jumaat malam Sabtu tak kira ianya di Penang, Perak, Kuala Lumpur, Johor mahupun Sabah. Lokasinya sahaja yang sentiasa berubah-ubah setiap minggu mengikut pengendali yang bertanggungjawab. Tak terkecuali aku yang sentiasa menghadirinya untuk beramas mesra menghilangkan rasa stress yang sentiasa menyusup masuk dalam benak aku sendiri... Kebiasaannya aku akan menghadiri acara NOS ini hanya di dua tempat paling kerap aktif iaitu di Kuala Lumpur/Selangor/Putrajaya. Seandainya aku berkesempatan pulang ke Ipoh, aku akan cuba menghadirkan diri di cawangan Perak juga. Tiada apa yang berlaku melainkan majlis berbual-bual kosong di samping acara perli dan kutuk sesama sendiri menandakan kenalan yang biasa sememangnya rapat. Walaupun ketegangan berlaku di alam maya, rasanya apabila berjumpa serta berdiskusi, semuanya mudah sahaja selesai tanpa rasa amarah yang kerap berlaku... Itulah keistimewaan NOS (Nes 'O' Session) dari kelab Kenarianz.

Kali ini bertempat di Dataran Putrajaya, muka-muka yang kebiasaannya muncul sangat akrab. Tiadalah bezanya antara yang jarang datang atau selalu datang akan terpinggir kecuali diri sendiri yang sengaja mahu meminggir. (Campur orangla sikit weh!) Datang seminggu sekali pada mereka yang berkomitmen amatlah dipuji. Walaupun dah berkeluarga mahupun sibuk dengan kerja yang sanggup datang aku solute bagi pangkat sarjan... (Calit 3). Mereka inilah pewaris yang sangat diperlukan untuk meneruskan perjuangan. Ada yang tak datang tu cuma pandai bercakap je, tapi habuk pun tarak. Bukannya nak support... Itu alasan sahaja. Kalau datang cuma nak sticker, nak identiti dari Kenarianz baik takyah... Dah dapat sticker, tak nampak batang hidung... Seringkali perkara ini terjadi pada pengurusan yang mana tak habis-habis member nak tanya "Sticker Takde Lagi Ke?". Padahal aku kenal pun tidak. Lepas ni aku ingat nak catu pembelian sticker ini dan tidak mudah di beli oleh mereka yang cuma mahukan identiti dari Kenarianz tapi tiada komitmen untuk memajukan Kenarianz. Mungkin ini tanggungjawab yang lebih berat walaupun mengundang rasa kurang senang oleh mereka-mereka yang lama menunggu kehadiran sticker ini.

Aktiviti biasa selepas pengumuman oleh pihak bertanggungjawab, aktiviti mengembungkan perut pula berlangsung di Ali Bistro Precint 15. Nak cerita panjang pun dah malas... Ni dah malam mata dah macam kena gam. Korang tengok ajelah gambar yang ada... Itu jela yang masih punya rasa nak jumpa kawan-kawan... Pada yang hadir, sangatlah dipuji kerana mereka inilah yang kita mahukan dari kelab ini... Thanks Weh!!!!p/s: Pada yang tiada di gambar mungkin anda terlindung atau dah balik awal mahupun tak singgah minum, jangan kecik hati... Anda tetap hensem...

Comments (0)