Tunda + Risiko

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/15/2009 01:21:00 PG

1

Sejak kebelakangan ni, banyak betul perkara yang menyedihkan aku. Tapi selalunya aku biarkan je benda tu berlalu dan malas nak fikir lebih-lebih. Caranya aku banyak buat aktiviti yang menyibukkan diri aku. Pada mereka yang nak tunggu nasi minyak aku, buat masa ni, lupakan hajat anda... Kerana terdapat permasalahan yang menyebabkan aku terpaksa menunda tarikh majlis tersebut mungkin ke tahun depan. Jangan kata aku ada masalah kewangan ye? Tapi disebabkan satu masalah yang tak dapat dielakkan yang betul-betul tak dapat dielakkan, di mana aku terpaksa memenuhi permintaan pihak tersebut. Memangla sedih, aku dan dia mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku sedikit masa lagi. Walaubagaimanapun, perjalanan mesti diteruskan...

Kadang-kadang, ada job yang terpaksa aku tolak mentah-mentah kerana tiada komitmen dan tak berani mengambil risiko yang boleh menyebabkan aku menanggung kerugian (bukan untung yang dapat), aku dengan rendah diri menolak sesuatu kerja freelance kerana terdapat satu job yang boleh dikatakan agak mustahil dilakukan dengan kos yang sangat mustahil. Bukan tak boleh buat seandainya aku menjadi orang tengah yang mana cuma RM1-3 untung untuk satu-satu produk. Bukanlah berkira sangat tentang keuntungan tersebut. Cuma agak menakutkan untuk menerima pelawaan tersebut kerana dengan kos yang mustahil itu, aku tak mahu menerima risiko aku menanggung rugi... Yang untung ialah para supplier dengan keuntungan besar, aku cuma untung RM1-3 ringgit. Manala tau kalau kesilapan teknikal, bukan je RM1-3 tu yang aku dapat malah tanggung kos kesilapan teknikal yang mungkin mencecah RM20++ untuk satu-satu unit. Mampus aku... Memangla nilai tersebut nampaknya kecil, tetapi seandainya satu-satu unit itu dapat dibuat sehingga 3000 unit (RM3 X RM3000 = RM9000), perghhh... Serius tak berani kerana aku masih belum dapat menerima pembaharuan ini untuk menjalani gaya baru dalam pekerjaan iaitu perniagaan. Kepada mereka yang cuba menyogok untuk aku menerima pelawaan ini, mintak maaf...Berilah apa sahaja tugas merekabentuk, aku sanggup menerimanya... Kerana Allah memberi aku bakat untuk merekabentuk kerana ia hanyalah memerlukan modal (tenaga + idea) untuk meneruskan agenda yang masih belum selesai...

Comments (1)

Ingatkan tertunda itu ada risiko nanti..Chett!
Sabar..Ni la dugaan namanye.
Baru ade thrill.