Bagaimana Mengenali Mat Rempit?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/06/2009 05:16:00 PTG

2

Mula-mula skali, untuk kenal mat rempit..

Mereka adalah penunggang motosikal. Namanya mesti ada Mat. Mamat, Mohd, Rahmat, Amat, Ahmad dan sebagainya yang ada Mad atau Mat...

Cuba bayangkan kalau nama penunggang motosikal itu Razali, kita tidak boleh panggilnya Mat Rempit, kite kene panggil dia Razali Rempit atau Raz Rempit... Cuba kita ambik contoh nama Zulfakar pula, kita kene panggil dia Zulfakar Rempit atau nama singkatannya Zul Rempit atau Fakar Rempit...

Kemudian, kite kena tengok jenis motor yang dibawanya... Biasanya motor yang biasa digunakan oleh mat rempit adalah motor jenis 125Z, Yamaha Ego, Honda Boon Siew, RXZ dan Panther Jerung dan pelbagai lagi yang di kategorikan motor berkelas rendah. (Motor cam aku jugakla tu). Motor-motor ini menjadi pilihan adalah kerana ianya murah jika henda dibandingkan dengan Honda CBR, Suzuki Hayabusa dan etc.

Jika sesorang itu membawa motor-motor berkuasa besar, mereka tidak boleh di panggil rempit. Mereka di panggil geng-geng bikers. Geng-geng ini amat berbeza dengan mat rempit ni. Geng-geng ini biasanya akan mengadakan konvoi seminggu sekali ke lokasi yang berbeza.

Mat rempit pula suka lepak di Dataran Merdeka dan restoran D' Tebing serta pergi karaoke di area Hospital Glenmarie. (Ini kajian hanya di kawasan sekitar Lembah Klang).

Mat Rempit ini handal dalam membuat skill-skill yang dahsyat. Antara skill yang menjadi kegemaran mat rempit adalah willie, wikang dan donut. Ada khabar angin mengatakan bahawa sekarang ini mat-mat rempit ini sedang belajar untuk membuat skill baru iaitu di panggil skill cakoi dan skill cempedak goreng. Mereka sudah bosan dengan skill donut kerana amat senang untuk dilakukan.

Golongan mat rempit ini biasanya dikaitkan dengan golongan yang tidak bermoral. Pendapat ini amatlah subjektif kerana bukan semua mat rempit tidak mempunyai moral, mereka ada moral cuma kadang-kadang mereka terlupa untuk dibawa dan tertinggal di rumah. 

Ada juga golongan bukan mat rempit yang tiada moral. Oleh itu, jangan ada diskriminasi terhadap mat rempit. Mereka juga manusia biasa. (Aku bukan pro rempit. Aku hanya seorang pemerhati kehidupan).

Kesimpulannya, mat rempit adalah seorang yang suka makan free di majlis kenduri kawin dan kenduri doa selamat.

Comments (2)

Restoran D'Tebing buat akuh tak tahan dowhhhhh!! Hahahaha

Tempat biasa untuk mat rempit tu...