Episod Akui Kesilapan
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 4/06/2009 10:31:00 PG
0
Hari ni aku berasa sedikit lega. Pagi-pagi lagi aku di panggil melalui panggilan hangit iaitu 'Ding!' atau kata lainnya 'BUZZ!!!'. Kemudian menyusul kata Salam. Berkenaan entry yang sudah-sudah di mana aku cuma bermain dengan ayat-ayat sinis ketidak puasan perasaan aku berkenaan blognya, kini aku semakin tenang melupakan semuanya. Kerana sikap keterbukaan meminta maaf dan perasaan mengakui kesilapan antara cara kita dapat memaafkan seseorang. Tidaklah aku mengatakan aku sombong dengan tingkahlaku, tetapi telah banyak pengalaman yang membuatkan aku lebih selalu mengalah dan akhirnya di tindas dan dipergunakan. Mungkin dulu aku masih mentah memikirkan baik buruknya perbuatan apabila seringkali mengalah. Ah! Itu cerita lama, malas aku nak ulas panjang lebar.
Aku bukanlah seorang yang suka berdendam dan suka mencari fasal. Kata-kata cendekiawan mengatakan 'Kalau Tidak Ada Angin, Masakan Pokok Boleh Bergoyang' menjadi pepatah melayu bahawa takkanla tak ada sebab kita nak melenting bukan? Lupakan semua itu, dan adakalanya kita mesti menunjukkan teladan yang baik untuk mengakui kesilapan kalau itu yang kita rasakan patut dilakukan. Lupakan segala entry yang lepas-lepas kerana kedewasaan ini kita harus berfikiran positif dalam menentukan keputusan untuk memikirkan mana yang lebih baik dan buruk dalam perbuatan... Juga sikap ego seseorang akan memakan diri sendiri kalau kita tidak bersikap keterbukaan...
p/s: Entry ini juga ditujukan untuk aku mengakui kesilapan sendiri sekiranya itu jalan yang sebaik-baiknya...

Comments (0)
Catat Ulasan