Diari 25 April 2009

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 4/25/2009 04:26:00 PTG

5

Aktiviti hari ini. Kerja amal kat Kuala Lumpur Convention Centre. Pagi-pagi lagi aku dah dapat call dari En Boss suruh aku ada kat sana dalam pukul 11 pagi. Adoila, malas sungguh aku nak kerja ini hari. Ntah apa ajela yang nak dibuat kat sana. Pasal bukan ade benda penting pun nak dibuat kat sana. Sesampai je kat sana, cari punya cari takde sapa aku kenal. Hinggalah aku jumpa Aizul yang dia pun cari tempat tujuan. Maklumla banyak sangat kiosk yang di susun kat pameran tu. Maka, tersebutlah kisah aku jumpa En Boss, dia suruh aku tolong si Helmi.

Hampeh!!! Ada ke aku ngan Aizul diberi tugas bagi belon kat orang ramai. Aduhla... Bongok betul kerja... Aku ni professional pun bagi kerja camni. Dalam hati (haram J punya boss). Maka alkisahnya di hari yang tidak indah ini aku kena bagi serah belon kat orang ramai. Dengan rasa hati yang kurang semangat buat jela kerja amal camni... Dah la aku kena buat design, lagi nak bagi kerja camni...

Atas kesedaran aku kerja makan gaji... Malu dah buang ketepi, tapi rasa seronok pula kalau ramai orang datang meminta-minta belon kat aku... "Bang, bagi belon kaler biru 3", "Belon ni jual ke, percuma?", "Bang adik ni nak mintak tapi segan, tapi saya tolong mintakkan untuk dia" (padahal dia pun nak jugak). Rasa bangga aku jadi perhatian, rasa di hormati tak kurang juga ada yang tanda sinis gelak kecil taknak terima. Tak kurang juga yang dah bagi, pusing-pusing keliling pameran lepas tu bagi balik belon kat aku. Hampeh!!!

Sikit la nak tunjuk, pasal artwork aku yang pernah aku tunjukkan kat entry lepas. Dah di komersilkan untuk tatapan umum iaitu promosikan ianya di belon... Lihat sahajalah di bawah:
Hasil pemeringkatan dari artwork ke paper. Base artwork kelabu jadi silver...


Aplikasikannya di sini... Letak kat belon la plak...


Banyaknya nak kena bagi-bagi kat orang ramai... Parah aku...


Dari apa yang aku lihat kat pameran ini, ternyata tak rasa menyesal sikit pun walaupun dalam hati bengang kat boss, jadikan aku macam macai. Ini disebabkan artwork aku terpampang kat kiosk MyIPO dalam cermin. Nyata membuahkan rasa bangga kerananya... Laporan Tahunan MyIPO 2007 di persembahkan kepada umum di pameran ini...Belum pun habis bagi belon kat orang ramai, pukul 2.45 aku ngan Aizul chow balik. Malas dah nak bertandang lebih kat pameran ni kalau cuma menjual muka dengan memberi belon kat orang ramai...

Comments (5)

Cayalah...

bang sy nak belon gak bole?..
klau bole nak skali cam kalendar tu..errr buku laporan tu pun klau bole..bla bla.. hehe ;)

Hampeh...

Bukan Man Belon tapi Mazli Belon..
Haha kelakar pulak jadi badut
tp ok per ko dah jadik part of the exhibiton. Patut vangga lah!

Aku bagi belon, bukan jadi badut betul2 la...