Nak Sedekah RM2 Je...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 4/21/2009 02:22:00 PTG

0

Kejadian berlaku pada sembahyang Jumaat minggu lepas. Kebiasaannya masjid apabila kehadiran Jumaat penghulu segala hari akan diadakan sembahyang wajib bagi kaum lelaki untuk menunaikan ibadah. Maka masjid ini juga akan melantik seorang dua kanak-kanak untuk mengelilingi saf untuk mengutip duit sedekah masjid. Kalau untung nasib budak tu, adala orang akan sedekah duit kat poket dia, selain itu juga dia akan membawa guni untuk menerima sedekah dari orang ramai. 

Adala seorang pemuda ni, dia nak sedekah kat masjid. Dia mula keluarkan not RM50 dari poket dia. Lalu dia menunggu kanak-kanak pemungut duit sedekah itu untuk datang kepadanya. Dengan perlahan mungkin katanya, "Ada duit pecah tak? Saya nak sedekah RM2 je". (Masa khutbah mana boleh bercakap, yang diumpamakan sembahyang Jumaatnya tidak sah.)

Aduhai, dengan perasaan tak bersalah dia nak mintak duit pecah dari RM50 yang cuma nak sedekah RM2 je... Maka, kanak-kanak itu mulalah menyeluk duit kutipan itu dengan perasaan pelik memandang pemuda ini. Dicapailah warna-warna duit yang ada untuk menukarkan duit baki itu, lalu diberilah kepada pemuda itu. Biasalah, kalau kat masjid duit warna biru je yang banyak. Kemudian kanak-kanak itu meneruskan perjalanan untuk melalui saf-saf seterusnya untuk mengutip duit atas tanggungjawab yang di berikan.

Malunyalah aku kalau aku dalam situasi tersebut. Kalaulah aku tak ada duit kecil, lebihlah baik bagi aku untuk mendiamkan diri. Bukanlah aku anggap pemuda itu tidak baik bagus tingkahlakunya kerana menderma, itu adalah perkara yang mulia. Tetapi kalau dengan mintak duit pecah, membuat orang keliling masjid memandang aneh, aku pun rasa aneh juga. Ini bukan pasar belian boleh mintak duit tukar. Cuma aku berfikiran, anggaplah sedekah itu adalah perkara ikhlas. Itu yang lebih mulia di sisi Allah. Kalau betul pun termalu, seluk-seluk duit takde duit kecil, masukkan aje duit tu terus dalam guni tersebut. Itu adalah lebih mulia dari orang keliling mengata-ngata.

"Kalaulah aku, malunyalah orang fikir bukan-bukan"

Comments (0)