Mana Besi Penutup Longkang Itu?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/23/2009 05:04:00 PTG

1

Kenapalah susah sangat aku mencari besi penutup longkang? Adakah kerana ianya dijual harga yang mahal? Adakah kerana ianya telah ditukar oleh kebanyakan orang untuk sesuatu yang lebih nampak ranggi apabila memakainya? PRIMA DAMANSARA satu tempat yang tidak asing juga di mana perembat-perembat besi penutup longkang sangat popular di curi. Harganya yang sangat mahal dapat dijual oleh perembat-perembat besi penutup longkang ini untuk menghilangkan rasa ketagihan tegar najis itu. Oleh sebab itu, seringkali ada aje penunggang motosikal tertonggeng masuk ke lubang longkang yang tidak berdosa ini. Kesian dia, kesian dia...
Jangan salahkan lubang itu, salahkah perembat-perembat itu dan kalaulah penduduk PRIMA DAMANSARA dapat tangkap perembat penutup longkang ini, habis di karate dan di labi tengkuk mamat tu. Andaikan penduduk ada lebih kurang 500 orang, aku nak karate sekali je tengkuk dia. Jika di darabkan dengan 500 kali karate, dah tentu teleng putus dua tengkuk dia. Takpela, aku karate sekali cukupla...

Situasi ini amat membimbangkan kerana mungkin penunggang-penunggang motosikal ini berdepan dengan maut andai tersalah langkah masuk longkang. Tahukah anda di mana penjual-penjual besi penutup longkang ini menjual hasil mereka? Ikuti cerita sebenar dan ini juga menunjukkan kegemaran baru oleh peminat-peminat kenderaan KENARI RS seperti aku... Lihat Di Sini

Comments (1)

Zaman nak pakai duit, sanggup buat apa saja asalkan dapat duit. Tapi keta ngko lepas ni ada grill besi longkang tu konfius jugak la aku ni..hehe