Takkan Lusuh...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/08/2009 10:43:00 PG

0

Ini merupakan kenderaan zaman berzaman yang mana ianya amat besar jasanya tehadap keluarga kami. Susahlah dapat dinafikan jasa besarnya di mana ia membentuk sebuah perjalanan keluarga Marzuki sejak kelahiran aku ke dunia ini hingga sekarang. Di mana ia teramat berharga untuk di jual beli walaupun ada yang mahukannya dengan harga yang tinggi. Pernah dinyatakan oleh abah aku sendiri untuk menjualnya, tetapi ditolak keras oleh kami adik-beradik kerana jasanya tidak dapat dibandingkan dengan barangan yang lain. Biarpun ianya tidaklah berkemampuan untuk drifting di trek-trek professional, namun untuk menjualnya tidak sama sekali. Bermula dari itu, sejak adik aku mula bekerja, dialah yang mengambil alih kerana sifat yang sayangkan terhadap kenderaan ini, ianya telah berubah angin ke Jerantut, Pahang. Bermula sejak kelahiran aku ke dunia ini, warna kenderaan ini telah berubah dari merah ke putih hingga sekarang. Dengar khabar gembira, ianya akan sekali lagi berpakaian baru dengan menggunakan warna lebih menonjol iaitu hitam. Kalau aku diberi peluang untuk memilikinya, dah tentu aku juga nak nampak kenderaan ini tidak luput di telan zaman dan akan menjaganya supaya ianya sentiasa kelihatan baik...

Teaser Penyarungan WarnaIni merupakan satu lagi pembaharuan. Kalau dah keluar bengkel, aku akan tunjukkan keputusan gambar penuh kenderaan ini... Insya'Allah...

Comments (0)