Sedikit Pembaharuan...
Posted by nizam_5282 | Posted in Favourite , Kerana Kereta | Posted on 4/16/2009 02:35:00 PTG
0
Kenapa aku kena buat D.I.Y kat rear lock belt? Ada la orang tanya aku setelah membaca entry yang lepas-lepas kat sini... Kerana belt lock MOVE original tak sama dengan belt lock KENARI. Tapi masalah ini timbul hanya pada belt lock belakang sahaja. Depan boleh masuk. Ada juga orang sarankan aku suruh tukar tali sambungan MOVE sahaja. Mak aih! Itu menandakan aku kena keluar duit lagi untuk membeli seat belt tersebut dalam menyelesaikan masalah. Daripada aku keluar duit, baik aku D.I.Y sendiri dengan benda yang sepatutnya dah ada dari seat asal KENARI. Cuma kena rajin sikitla, untuk melakukan perkara tersebut... Untuk cara-cara D.I.Y dah pun aku nyatakan pada entry yang di nyatakan... Kini tibalah masanya aku menyambung ke seat MOVE setelah selesai menjahit di kedai kusyen SAMY kat Prima Damansara dengan modal RM2. Jahitan agak kurang memuaskan tetapi ia tidak mengapa kerana jahitan itu tak akan nampak apabila aku menyambung pada seat MOVE ini. Kenapa aku begitu bersusah payah nak kena buat semua ini yek? Nak tau sebabnya? Sebabnya sila lihat di bawah:
Kalau tak sebab ini, takdelah aku susah payah nak D.I.Y mende ni... Puas hati aku, dah lama dah berkenan... Ini pun sebab kerja keras aku freelance bersama kawan-kawan yang memberi kepercayaan aku membuat duit tepi... Tambahan gambar? Apakata kita lihat lagi:
Lagi soalan pada aku yang perlu di jawab. Kenapa nak tukar seat ni? Antara sebabnya:
Kalau tak sebab ini, takdelah aku susah payah nak D.I.Y mende ni... Puas hati aku, dah lama dah berkenan... Ini pun sebab kerja keras aku freelance bersama kawan-kawan yang memberi kepercayaan aku membuat duit tepi... Tambahan gambar? Apakata kita lihat lagi:
Lagi soalan pada aku yang perlu di jawab. Kenapa nak tukar seat ni? Antara sebabnya:
- Seat ni sangat cantik
- Boleh lipat pada bahagian belakangnya menjadi lebih luas kalau nak angkat barang besar
- Ada perehat lengan (arm rest)
- Ada perehat leher/kepala lebih lebar (head rest)
- Kat arm rest ada laci tersorok
- Arm rest boleh diangkat menjadi seat depan lebih luas
- Seat belakang boleh dilaras ke depan dan ke belakang, sama la ngan bahagian depan
- Lebih memikat daripada seat asal KENARI
Antara kelemahan seat ni...
- Gear auto asal amat terhad untuk diguna pakai
- Hand break bawah seat kalau masih dalam keadaan standard, jadinya kenalah seluk-seluk untuk menggunakannya
- Lebih berat sedikit dari seat asal KENARI
- Seat belt belakang cuma boleh pakai 2 sahaja berbanding dengan belt asal yang ada 3 iaitu pada penumpang tengah
- Kena D.I.Y macam yang telah dinyatakan di awal entry
Cara penyelesaian masalah hand break yang ada bawah seat, terpaksalah guna dulu cara menyeluk-nyeluk tersebut. Kalau ada duit lebih lain kali, baru la boleh tukar ke Column Shift iaitu gear digunakan di stereng dan hand break akan menjadi foot break. Selesailah masalah. Manakala pengunaan gear auto yang terhad pada keadaan gear asal KENARI, terpaksalah seat depan dilaraskan sehingga habis ke belakang. Itu tak menjadi masalah kerana arm rest membantu aku untuk penukaran gear lebih mudah... Tak tukar ke Colum Shift pun dah sangat memudahkan aku...
TAMBAHAN...
Dalam memastikan keselamatan pemanduan diutamakan, ciri-ciri keselamatan telah dipertingkatkan dengan menggunakan tayar yang dapat memotong air dari jenama GOODYEAR. Memang sedap dan tiada rasa berat langsung sama seperti tayar sebelum ini. Ia adalah disebabkan kerana baru je balancing ngan alignment. Memang la sedap, rasa gegar tiada lagi...
Opps terlebih suda.... To be continued....
*D.I.Y - Do It Yourself
Comments (0)
Catat Ulasan