:: Album Dah Siap ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/27/2010 11:46:00 PG

2

Lama dah tak update yek? Saje nak bagitau, album kawin dah siap. Apa? Baru nak siap? Dah dekat 9 bulan kawin baru siap? Biasala tu, kalau dah nama pun sendiri yang buat, nak taknak jela buatnya.

"Esok esokla", "Nanti nantila". Alasan mudah kalau tak disegerakan, lamanya jadi berlapuk. Sudahnya apa pun tak jadi.

Nah, kalau nak tgk sila la jumpa. Kalau taknak tengok boleh simpan buat pekasam... Ekekeke...

Content kat dalam sila rujuk di bawah:
Klik Sini

:: Honda CBR tu ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/12/2010 04:05:00 PTG

3

Apa beza 2 jenis motor kat bawah?

Kalau cenggini, aku pun nak beli satu la... Boleh berlagak kat kawan-kawan kampung... Mesti kembang kuncup je hidung aku..... :D

:: Mereject Kerja di Bilik Bedah ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/28/2010 03:59:00 PTG

2

Ada ke patut aku disuruh masuk kat bilik bedah betulkan sistem yang tak berjalan lancar. Dengan hati yang tulus ikhlas, aku berkata perkara itu tidak akan berlaku. Sebab aku ni jenis tak lalu nak tengok orang kena kerat. Sedangkan cerita potong-potong orang yang dalam filem pun aku karate CD nya. Inikan pulak tengok secara langsung. Terus di suruh aku call bos aku katakan aku tak nak buat kerja. Silakan....

Bos aku pun nasib baik back-up aku balik, katanya kenapa taknak check sistem dulu sebelum membuat pembedahan kat bilik OT (Operation Theater). Sama juga fungsinya macam "dah nak berak baru korek lubang kan?"

Bilik OT cukup sengsara untuk aku lakukan tugas. Dahla kena tukar baju, procedure cukup ketat. Bagi je aku masuk kat bilik mana sekalipun, aku sanggup. Jangan suruh aku masuk bilik OT!

:: Facebook Smileys ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/25/2010 03:26:00 PTG

2




Suka chat kat Facebook ke? Korang ada yang suka kan? Tak kurang jugak yang pakai gemar guna Yahoo Messanger (YM). Tapi kat YM dah ada template smileynya. Jadi kat sini nak kongsi sikit camana nak guna smiley Facebook plak... Selamat mencuba...




:: Beruk Betul ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/25/2010 01:01:00 PTG

1

Sam: Woi beruk?
Dol: Kau la beruk!!!
Sam: Kau la beruk!!! Kata aku plak?

Cikgu: Apa pasal gaduh-gaduh nie? Nak kena tempeleng?
Dol: Beruk ni kata saya beruk cikgu?
Cikgu: Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol: Sama cikgu!!!
Cikgu: Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu... Sama jugak kan?
Sam & Dol: Sama jugak cikgu!!
Cikgu: Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam! Paham?
Sam & Dol: Paham cikgu!
Sam: Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu: Siot!!!!

:: MENCAPUB ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/23/2010 01:52:00 PTG

3

"Tak baikla mencarut-carut ni! Kurang ajar betul!!!" Jerkah aku pada seseorang. Rasa macam nak rembat je pale lutut dia. Umur baru setahun ubi ada hati nak kurang ajar.

Dialog kat atas saja je aku reka nak bagi penyedap cerita, padahal takde kena mengena pun ngan hidup mati seorang patriot. Kelmarin, aku baru je tau maksud menatang tu. Dulu-dulu memang aku penah dengar dari orang lain. Tapi aku buat paham-paham ajela kononnya. Bunyi dah la tak semenggah. Kalau ikut otak yang gagal berfungsi ngan baik, ada jugak yang kakiku di bibirmu...

Rilek dulu, jangan cepat melatah. Aku tak rasa semua orang pun paham maksud mende alah ni. Ini pun sebab zaman dah semakin berubah, makanya ramaila saintis-saintis yang dah pandai merosakkan bahasa, gabung sana sini.

Bagi yang tak pernah tahu, meh aku sharing apa la yang diorang mencarut ni...
    MENCAPUB = MENCARI + PUBLISITI

Contoh:
    Aminuddin tu mencapub betul. Suka menyanyi dalam kelas.
Sekian ye kawan-kawan, berjumpa lagi di lain waktu...

:: Yes @ No? Maybe Mungkin ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/23/2010 10:55:00 PG

3




Hins... Hins... Hins... Mana satu nak pilih?

Yes / No / Maybe. Kalau pilih Yes, wajib hadir walaupun apa cara sekalipun. No, jiwa kental kena pilih ni menunjukkan kita tak berminat langsung untuk hadir. Maybe, antara pergi ataupun tak pergi...

Pilihan di atas bukanlah soalan peperiksaan UPSR, PMR, ataupun SPM yang dalam kata lainnya soalan objektif. Biasanya soalan objektif tercetak jawapan (a) / (b) / (c) dan juga (d). Soalan objektif ini walaupun susah, tetap akan dapat dijawab. Otak sentiasa mendadu jawapan mana yang sesuai dipilih walaupun ianya langsung tak tau dijawab oleh penjawab soalan. Soalan tu juga kekadang ada tercetak (d) - tiada jawapan di atas. Mungkin kerana soalan tersebut hanyalah soalan andaian yang menduga penjawab soalan sama ada penjawab soalan tahu atau tidak jawapannya.

Berbalik kepada pemula perenggan utama di atas, soalan yang diajukan bukanlah susah manapun. Cuma ada 3 pilihan berbeza dengan kertas soalan peperiksaan yang mempunyai 4 pilihan. Soalan 3 inilah yang kadang-kadang sangat sukar dijawab oleh pemilih. Ianya membabitkan perasaan nak atau taknak.


    Pilihan Yes dah tentu menggembirakan penganjur. Kita hadir, meraikan mahupun diraikan meningkatkan kesedaran bahawa kita ambil kisah apa yang penganjur harapkan....
    No, pilihan Ada Aku Kesah ataupun langsung tak nak hadir. Pilihan ni dah tentu si pemilih tak berhati perut. Sanggup membuatkan penganjur merasakan mereka langsung tidak berminat pada jemputan mereka.
    Maybe, pilihan selamat bagi mereka yang taknak rasa penganjur tu rasa apa-apa. Mungkin boleh jadi sama ada hadir ataupun tidak.
Perlu ke ngan pilihan Maybe? Tak payah ada pun lagi bagus. Tak mendatangkan faedah pun kalau dipilih. Kalau Pilih Yes atau No, wujud kat sini bahawa penganjur tau siapa hadir mahupun tidak. Nak budjet kehadiran pun mudah.

Abis, nak pilih mana satu weh? Kalau aku la menjadi pemilih, aku akan pilih Yes pada jemputan yang benar-benar aku mahu hadir. Kalau aku taknak hadir ataupun 50-50, aku akan biarkan jemputan tu tanpa jawapan. Mungkin penganjur tak akan tahu kita pernah tahu event tersebut wujud atau tidak. Ahaks....

:: Cerita Gigi dan Tayar Pancit ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/21/2010 02:42:00 PTG

6

Pagi tadi rasa macam tak best. Baru aku sedar yang aku belum gosok gigi. Bau masam gigi makan pizza malam tadi aku lupa nak bagi mandi. Aku tertidur sibuk main game PS2 tak sedar yang PS2 tu pulak tengok aku sampai ke Subuh. Maknanya memang betul aku tak gosok gigi malam tadi.

Ada labah-labah kering mati kat tepi berus gigi aku. Aku naik geli, terus aku basuh tak fikir dua tiga kali. Kata mak aku, jangan siksa labah-labah, pasal labah-labah banyak bantu Nabi masa Baginda sembunyi kat gua Hiraq. Tapi aku tak boleh bela labah-labah pasal aku geli kat labah-labah. Tambah pulak labah-labah yang banyak bulu tu. Eyewwww!!!! Capai berus gigi terus aku bukak paip kuat-kuat, basuh lebih kurang bersih. Sian labah-labah tu, matinya tak berkubur. Maafkan saya labah-labah. Sambil tunggu berus gigi tu bersih, aku nampak dari jauh ada satu berus gigi lain sedang menunggu giliran. Ah, pakai ajelah... Wife aku bukan tau aku pakai berus gigi dia pun... Ahaks...

Pagi ni aku rasa lain macam, motor aku rasa berat. Ntah-ntah ada makhluk lain naik motor aku kat belakang. Jangan difikir bukan-bukan, aku gagahkan diri tgk belakang. Patutla, rupanya tayar aku pancit. Memang patut pancit, pasal aku tak jaga dia dengan cermat. Dah 4 bulan aku hentam kromo dia. Memang nasib ko la dapat tuan macam ni. Sian ko. Nanti kalau ada duit aku bagi ko kawan, tapi kesian pulak. Kalau aku carikan kawan, mesti ko dapat kat tuan lainkan?

Atas jalan rasa macam lambat nak sampai ofis. Ada sorang pakcik bawak motor macam siput. Nak mencelah antara kereta ke kereta macam bawak basikal. Aku cari alternatif nak kasi dia ke tepi. Aku cucuk angin, pakcik tadi dah mula gelabah. Dia bagi aku jalan, terus aku angkat tangan tanda thank you dalam bahasa orang putih. Pasal pakcik tadi aku dah lambat seminit masuk ofis. Kalau sebulan tak ke company aku rugi 30 minit? Pagi ni tak sempat nak cari lepat pisang ngan nasik lemak pasal aku dah pakai lima minit untuk pam tayar motor.

:: Sekali Terbelek ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/20/2010 04:05:00 PTG

6

Sedang aku sibuk-sibuk selak gambar kat google, merenung seketika gambar-gambar untuk dipilih. Tujuan sekadar mencari informasi untuk dimasukkan ke dalam portfolio design aku. Kot-kot boleh digunakan buat bekalan di hari tua. Manala tau kot-kot boleh diguna untuk tujuan pembelajaran anak-anak aku satu hari nanti.

"Bapak borek anak mesti rintik." Getus aku, betul ke pepatah orang dulu berkaitan pepatah itu. Ah, aku tak peduli, janji anak-anak aku nanti akan menjadi orang yang beriman, takyah ikut perangai bapaknya. Akan aku ajarin dengan nilai-nilai penuh keimanan, tawaduk kepada agama dan bangsa...

Belek, belek seketika image kat google. Terpandang ada gambar aku kat google image tu. Bangga sekejap, ada jugak gambar aku kat ruang maya ni. Lalu aku Right Click -> Copy Image -> Save ke desktop dan terus upload kat blog ni...

:: Prakuel Kisah Pengat Ubi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/20/2010 03:13:00 PTG

3

Semalam aku tidur pukul 3 pagi. Rasa macam kecempreng. Dah la tidur lambat tu tak mendatangkan faedah, malah mandatangkan mudarat aje. Tidur sekejap tak mencerdikkan langsung pemikiran sebab mata sembab. Ini sebab aku main game PS2 malam tadi siapa suruh? Trut... Trut.... Bunyi jam yang aku set kat henfon malam tadi membising je. Kalau tau aku set je pukul 10 pagi. Biar tak pegi keje terus, boleh la aku main game malam tadi yang tak habis main lagi...

Lepas bangun Subuh last-last minit, aku sambung tidur balik barang 10 minit. Nak bangun pukul 7.15 pagi terus terbabas sampai 7.45 pagi. Kelam kabut aku seterika baju yang wife aku basuh hari Ahad haritu. Kalau ikutkan aku, serbuk sabun baju aku tu lambat lagi habis, tapi bila wife aku ada cepat aje habis. Pelik betul aku... Ke sebab aku malas basuh baju? Seminggu sekali baru basuh...

Siap je gosok baju, aku capai tuala buat basuh muka. Nasib baik aku dah mandi sebelum aku sambung tidur tadi. Syukurlah sebab aku ni lelaki. Kalau aku perempuan, ntah pukul 9 pun tak bersiap lagi. Siap-siap bagai nak rak laju-laju, aku keluar rumah dengan mengunci semua pintu. "Ciss...!!! Ni siapa yang tak bertamadun berak merata-rata ni!!!" Gerutu aku bila nampak sekawan tahi singgah di pelantar rumah aku. "Kalau tak reti jaga kucing, toksah le bela!!! Menyusahkan orang je nak basuh!!!"

Sambil merungut, sambil turun tangga. Rumah aku takde lif. Kalau ada lif, tentu aku tak sihat sekarang ni. Ada tangga baru la sihat. Pom!!! Pom!!! Pom!!! Bunyi motor aku agak kasar, nak mintak duit betulkan enjin la tu... Nanti awal bulan aku kasi isi minyak hitam 4 stroke. Ko jangan risau....

Nampak di jam masih lagi awal. Baru pukul 8.00 pagi. Kalau aku singgah kedai brader tepi jalan tu menarik gak tu. Boleh tampung-tampung perut aku yang tengah keroncong ni.

Lalu, aku pun berentikan enjin motor aku dan terus memilih-milih lauk apa yang patut aku campurkan pada Nasi Lemak...

:: Tak Guna Betul ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/20/2010 12:41:00 PTG

7

    Aku: Nasik lemak lauk paru macam biasa ye bang...
    Peniaga: Nasik lemak aje ke? Kuih-kuih taknak?
    Aku: Ni kuih apa?
    Peniaga: Lepat pisang kot?
    Aku: Ni pun lepat pisang gak ke? Kenapa ada dua kuih lain-lain?
    Peniaga: Tak taula, dah bagitau jangan buat lepat pisang, dia buat jugak. Orang tu suka buat kuih yang orang lain dah buat.
    Aku: Kalau camtu, lepat ni kasi singgit. Yang lepat haritu, kelapa takde la... Nak rasa yang lepat yang lain pulak.
    Peniaga: Kuih koci yang orang ni buat pun sedap jugak. Taknak campur-campur?
    Aku: Taknak. Lepat pisang je singgit.

Sampai ofis makan nasi lemak dulu, kemudian baru makan lepat pisang.

    Aku: Ini bukan lepat pisang, ini pengat ubi... HADOOIIIII!!!!! Hangin tol aku....

:: Epilog Sepotong Lepat ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/18/2010 11:57:00 PG

5

Aku dilahirkan dari mana ntah pun aku tak berapa tahu. Dari mana asal usulku pun aku tak berapa ketahui disebabkan aku tidak ketahui siapa ibu bapaku. Keturunanku mahupun bangsaku juga aku tidak ketahui. Itulah aku. Ada yang berbangsa Mas, Rastali, Berangan, Nangka, Raja, Lang, Relong, Tanduk, Nipah & Awak. Nama kampung aku dibesarkan juga aku tidak ketahui kerana tiada dokumen penting yang berada di tubuhku semasa aku dilahirkan. Tiada IC mahupun surat beranak menunjukkan aku dibesarkan di mana. Itulah aku. Kekadang aku terfikir adakah aku ini seorang PATI dari negara asing...

Semasa pembesaran aku, seingat aku warna badan aku seakan akan hijau Incredible Hulk. Tapi manakan daya aku nak ketahui badan aku warna apa, kerana aku tidak mempunyai kaca mata untuk menentukan warna badan aku. Semakin besar, semakin berubah warna badan aku. Adakalanya kawan-kawan aku lebih cepat lembik (benyek) dan adakalanya mereka membusuk begitu sahaja dan tiada siapa pun mahu mengambil mereka. Nasib aku baik, dimana aku dibesarkan secara sempurna oleh sang petani...

Asalnya aku dilahirkan mempunyai baju yang cantik. Pakaian aku pun dipakaikan dengan sempurna sebelum aku dibeli oleh sepasang suami isteri. Sehingglah satu hari yang hening, nasib aku yang malang telah menimpa diri aku sehinggakan aku dibogelkan oleh si isteri itu dan ntah mengapa aku dipergunakan sebegitu.... Malang sungguh nasib aku. Aku digomol, diuli sesuka hatinya tanpa rasa perikemanusiaan. Malangnya nasib aku ketika itu dan tiada siapa ingin mengambil tahu apa yang terjadi kepada diri aku. Beginilah nasib diriku diperlakukan sedemikian rupa.

Demikianlah sifat manusia materialistik mempergunakan diri aku yang lemah ini untuk kepentingan mereka. Setelah diperlakukan seperti aku tiada maruah diri, aku dipakaikan semula pakaian tersebut tetapi bukan dari pakaian asalku tetapi dari daun. Dimanakah keadilan untuk aku pertahankan maruah diriku, sehinggakan daun dijadikan pakaian kepada diriku ini.

Satu hari di pagi Isnin, ketika hujan masih renyai-renyai, aku telah didagangkan di satu tempat untuk menjual aku yang tidak berguna. Masakan tidak, aku masih lagi mantap dan menjadi idaman kalbu memandang aku dengan rasa penuh nafsu, dibeli oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut aku merasakan dirinya sangat kacak dan mantop, aku relakan diri ini dibeli.

Sesampai sahaja aku dibawa pulang, aku di masukkan ke dalam bilik, sekali lagi aku dibukakan pakaian dengan ekor mata yang tajam merenungku dan terus memamah diri ku ini tanpa rasa belas kasihan. Demikianlah nasib diriku ini dan itulah sememangnya hikayat hidup aku dan kawan-kawan ku... Malangnya nasib ku ini... :(


:: Balik Jangan Tak Balik ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/13/2010 01:30:00 PTG

8

Minggu ni nak balik Sabak Bernam la. Nak jumpa orang tersayang. Tapi masalahnya, kena tidur rumah mertua pulak. Apakan daya, itu je tempat yang mampu aku kunjungi dan dapat bermalam. Memandangkan wife aku pun duduk bujang bersama kawan-kawan dia. Nasib baikla rumah sewa dia tak jauh dengan rumah Mak Ayah dia. Sabak Bernam-Bagan Datoh je. Sementara ni, tempat yang dapat aku ngan wife aku bersama pun cumalah di Damansara, tempat aku berteduh dan selesa.

Semakin hari, semakin la sarat wife aku. Kandungannya buat masa ni dah masuk 4 bulan. Susah aku nak benarkan dia kerap balik sini. Keselamatan tu kadang-kadang menjadikan aku risau. Kat sini je kitorang selesa melakukan hidup sebagai suami isteri. Kalau kat Sabak Bernam, keluarga menjadi halangan paling besar. Ada sesetengah pasangan tu boleh hidup ngan mertua/mak ayah. Camana keadaan mereka ya bila dah duduk sekali? Kena tegur ngan diorang, takleh bangun lewat, kena tunjuk baik. Huhu, tak sanggup aku...

p/s: edited update...

:: Takde Idea ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/12/2010 02:53:00 PTG

8

Apa aku nak update blog aku ni ha? Penat aku fikir, tak gak keluar idea... Dari pagi sampai sekarang, satu complain je dapat dari user, network tak jalan. Mana taknya, network cable tak sambung memang la tak boleh masuk sistem. Tapi aku tak salahkan dia, pasal aku pun jenuh cari cable tu tak jumpa. Ntah sapa la yang cabut, bijak betul perangainya... Kalau nak sabotaj pun, biarla yang ganas-ganas sikit. Ini tak, cabut cable je? Tak BERTAMADDUN betul... Akakaka... (sapa tau mesti dia paham pasal apa aku boldkan perkataan tu).

Ntah ngapa sekarang aku cukup berbulu ngan sorang mamat ni. Masa aku kenal dia dulu tak rupa gini, tapi bila aku add dia kat FB sebagai friend list, barula keluar semua perangai dia yang mana dia ni seorang yang panas baran, bertamaddun la konon, perasan hebat, dan sebagainya. Apa yang dia fikir semuanya dia rasa betul. Update status yang kontroversi, tak menerima teguran. Siapa tegur cara menasihati, dia akan delete komen. Siapa yang menyebelahi pihaknya, sedia maklum akan diterima untuk menjadi batu apinya... Ada gak manusia gini... Aku dah mula menyampah dengan dia, tapi aku tak hiding dia, suka tgk lakonan dia. Kejap jadi ustad, kejap jadi gangster, kejap jadi bapa penyayang... Versatile betul...

Berbalik pada takde idea, dari pagi sampai sekarang tak abis-abis aku ngan game FarmVille aku. Aiseh, ngape tak ada idea lagi ni. Tolong la bagi idea apa aku nak update blog aku ni... Buntu... :D

:: 101010 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/11/2010 12:16:00 PTG

3

Apa yang menarik nombor ni? Bagi aku ia unik dan jatuh pulak kat hari minggu. Mesti ramai gila kejar nak buat kenduri kahwin tarikh ni kan? Semalam ada la kenduri kawin aku ~NORAIN MUFTARHARUDIN - DJ KLFM. Jemputan dia pun secara rawak, siap pakai wakil lagi dia jemput. Mintak alamat kat status FB, bukan secara peribadi. Aku yang tak malu ni, bagila alamat aku kat inboxnya... Nak gak rasa dapat kad kawin setelah post box aku yang dah lama tak bersarang. Surat cinta ngan bil adala...Ehehe...

Kad memang sampai, tapi terpaksa tolak keadiran kerana kena datang ofis. Isnin hingga Rabu ada audit. Persiapan untuk audit tersebut perlu diperkemas. 101010 tarikh yang aku tak buat apa, cuma menghabiskan sepanjang masa di dalam bilik IT dari pukul 9 pagi hingga ke 6 petang.

101010 juga tarikh keramat di mana nenek tiri aku akan bertolak ke tanah suci. Mempersiapkan diri selepas Maghrib setelah Abah call katanya dah sampai sana. Ramai pulak yang menghantar bakal-bakal Haji. Jenuh nak cari rombongan hantaran. Nasib baik tak la susah nak cari pasal adala makcik aku panggil aku bila nampak aku tercari-cari. KT07 masuk balai berlepas pukul 9 malam. KT08 akan berlepas pukul 1.30 pagi. Aduh... Lamanya nak nunggu. Sian orang yang menunggu, ada yang dah menguap bagai. Aku pun tak kurang jugak...

Ramai jugak la sedulur-sedulur yang datang dengan rombongan. Walaupun keluarga tiri Abah, kitorang tak pernah rasa terasing, malah sangat akrab. Mungkin kerana dah diajar Mak ngan Abah sejak dari dulu walaupun tiri, keluarga tak putus. Darah atuk masih sealiran, sedangkan atuk pun aku tak pernah jumpa. Sob sob sob... Pengumuman bila kata dah boleh masuk balai berlepas, kitorang pun mula bersalaman bagi merelakan pemergian mereka yang akan menunaikan haji. Semoga haji mereka mabrur dan pulang dengan selamat. Insya'allah.

Mak Abah pun ikut aku balik rumah, dan kami tidur setelah penat menahan mata berjaga sehingga pukul 3 pagi...

p/s: ngantuk tak ingat sekarang ni...

:: domino's ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/07/2010 12:13:00 PTG

12

Saja nak sharing. Bukannya apa, memandangkan aku ngan wife pun tak duduk sekali buat masa ni, aku mengambil kesempatan untuk membuat kerja part time. Korang nak tau aku buat apa? Itu pun tak tau, baca la tajuk utama hari ini kat atas tu... :D

Oleh kerana aku akui yang hidup berumah tangga yang aku lalui ini sangat sukar, kami terpaksa duduk berasingan lagi di mana aku di Damansara, wife aku di Sabak Bernam menjadi cikgu. Makanya aku tak dapatlah hidup bersama-sama secara normal di mana ramai pasangan diluar sana dapat mengecap kebahagiaan duduk bersama dibawah satu bumbung. Tidak seperti aku, masih duduk berasing. Cuma dapat bersama pun mungkin di hujung minggu. Itupun kalau berkesempatan.

Masa yang banyak terluang dirumah apabila duduk bersendirian banyak membikin masa aku di atas katil sahaja. Tak menjamin kesihatan langsung. Aku terfikir, dengan cara mencari kerja sampingan boleh la membuatkan aku meregang-regangkan badan. Kerja rutin ofis aku pun bukannya teruk sangat. Tunggu call, kalau ada problem - selesaikan. Dah selesai, balik bilik buat kerja sendiri. Itu sahaja...

Mula diperkenalkan oleh kawan aku Wan, yang Domino's nak pakai orang. Kerja rider (penghantar pizza ke rumah-rumah orang). Kerja sangat mudah, tunggu turn pada sistem komputer di store, pastu jalan... Yes, aku sangat berminat. Store Domino's dicari, kat Damansara Perdana. Interview lebih kurang, esok dah boleh masuk. Sebelum jadi rider kena la belajar buat pizza dulu. Takkan terus nak rider terus. Mana boleh kan?

Kini dah hampir 2 bulan aku buat kerja ni, tak pernah kering poket aku bila kerja sini. Sambil dapat duit, sambil dapat makan pizza free. Kalau dulu, jangan harapla nak makan pizza free. Tunggu kawan belanja barula dapat makan. Sekarang ni, nak tengok pizza pun dah naik jemu. Huhu... Setiap hari Isnin, collect mileage (RM). Satu order RM2.30, andaikan satu hari dapat hantar 9 order (RM2.30 X 9 = RM20.70). Sapa nak bagi weh? Tapi hour kira lain, RM3.50 satu jam. Masuk tiap-tiap bulan setiap 1 haribulan.

Kerja Domino's ni bagi aku tak mengganggu pun rutin harian aku, nak kata sharp kena buat hari-hari tak perlu. Aku pun hanya memilih PART TIME je. Nak datang dapat le duit, tak datang takde la duit. Konsep mudah, nak ade duit poket datang la kerja. Tak datang pun takde masalah. Hehe... Aku kerja kat situ pun kekadang tak perasan jam tu berjalan. Hantar semua atas motor, kejar order... Lagi banyak order, makin banyak le fulus masuk. Ahaks...

Prosedur penghantaran tak susah, tempat hantar semua aku dah tau. Ikut je alamat kat stiker order, jaminan penghantaran 30 minit bermula dari customer call operator. Masak pizza pun lebih kurang 10-15 minit. Sempatla hantar ke rumah customer lebih kurang 15 minit. Kalau still lambat jugak, bagi kupon (FRP - Free Regular Pizza). Kalau dia order kali kedua, hanya bagitau operator yang dia ada kupon pizza free. Pilih aje apa jenis pizza yang dia mahukan.

Rasanya itu je kot yang aku sempat cerita untuk post kali ni. Waktu dah time untuk aku keluar makan. Sehingga berjumpa lagi... Jaga diri dan penampilan. Hensem-hensem selalu. :))

:: Status FB Yang Patut Menjadi Renungan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/06/2010 12:38:00 PTG

1

Kali ni nak cerita pasal Facebook. Korang kenal ke Facebook tu mende? Kalau tak tau, cuba cari kat Kamus Dwibahasa edisi 1999 kat Perpustakaan. Kalau korang jumpa, aku bagi korang RM10. Saja nak ngetest buat update baru, itu pun sebab Mak Buyong-Lin Kenit sibuk soh update blog. Ahaks... Sememangnya aku dah memang addicted kat Facebook ni hingga berFB di mana sahaja dengan menggunakan telefon tak kira tempat asalkan ada coverage DiGi. Hakikatnya aku percaya ianya dah banyak membantu aku berkenalan semula dengan kawan-kawan sekolah/lama dan mengetahui perkembangan terbaru mereka setelah lama terputus hubungan.

Cerita di atas tak ada kena mengena dengan hidup dan mati apa tujuan asal aku nak sampaikan ini. Sebabnya aku nak cerita mengenai STATUS terbaru yang di update oleh kenalan-kenalan aku yang pernah aku approve permintaan menjadi rakan.

AMARAN AWAL
Baca hingga habis apa yang nak dicerita, dan diminta membuka minda korang dengan hati yang tenang dan waras. Amik yang positif aje... Yang negatif tu hanya Allah yang mengadilinya... Kalau yang terasa tuh mintak mahap ye... :D

Aku kekadang tensen baca  status matus terbaru yang berbaur emosi melampau sepertinya coretan puitis-puitis yang kalau difikirkan kembali membuka pekung di dada sendiri. Contohnya: "Kenapala nasibku ditimpa malang" takpun "Lemahnya diri aku ini, diduga sebegini". Perlukah update status sebegitu? Rasanya macam menceritakan diri mereka sangat lemah, sangat menjatuhkan air muka sendiri tanpa dipaksa. Mungkin niatnya mahu meminta simpati atau berkongsi emosi. Tapi bagi akula sebagai pengkritik tegar, Facebook bukan tempat yang sesuai mendedahkan kelemahan diri. Bukannya apa, bila semua kenalan-kenalan baca menunjukkan semua orang faham situasi yang bergolak dalam diri anda itu. Bukan semua orang perlu kita cerita situasi sebenarnya, tapi secara umumnya ianya dibaca oleh kenalan kita. Ada yang memandang rendah mahupun mencaci kerana status yang kononnya mempunyai 1001 makna itu.

Kedua, status yang diupdate yang merupakan seseorang itu berdoa. Korang... kalau nak berdoa sila direct terus kepada Allah s.w.t. Bukan berdoa dengan ayat-ayat yang panjang lebar supaya kawan-kawan tahu anda sedang berdoa. Ingatlah, sebaik baik doa adalah yang dirahsiakan. Harap korang paham maksud aku tu yek? Bukan mengeji untuk berdoa untuk orang lain tahu, cumanya saluran korang tu tak betul. 1001 maksud juga tersirat dalam status korang tu, boleh jadi korang nampak alim di Facebook sahaja, tapi sebenarnya tidak. Yang penting keikhlasan dalam berdoa. Hanya Allah je tahu dan akan kurniakan apa yang korang minta. Kalau korang minta kat Facebook, ada kawan-kawan KESAH? Hehehe...

Tak kurang juga ada status yang dengki-mendengki. Pastu ada batu api. Pernahla aku komen satu budak ni supaya jangan la dengki mendengki, dengan memberi nasihat lebih kurang. Buleh pulak dia delete komen aku tu, dan mana kawan-kawan dia yang setuju dengan dia tu dia biarkan sahaja. Pastu dia balas balik komen kawan dia yang batu api tu supaya memarakkan lagi kemarahannya. Dia ngan budak batu api ni pun sama bengong jugak... Yang nasihat, tu plak jadi paneh dek budak yang delete status aku tu...  Seperti contoh nya si A ni update status tak suka si B.. Pastu buat status angin-anginkan bahawa si B nih teruk glier laa, macam jahanam laa… Mcm sial laa.. Menyusahkan idop jek laa.. Come on la beb... Kalu nak marah ker, nak merajuk ker nak sensitip ker.. Sila settle antara korang berdua. Orang lain yang tak tau apa masalah korang jadi nak tau. Bila ditanya, "Ini bukan masalah kau".

Tu je antara contoh lebih kurang aku kat blog ni. Untuk menjadi renungan kita. Juga untuk renungan aku bersama. Kekadang ada gak yang bubuh status satu perkataan aje. Tu takde halla, tapi ianya juga menunjukkan beribu lemon makna. Ada yang jadi kawan hanya nak promosi barang. Mana yang tak berkenan aku ignorekan aje. Yang aku ni tak abis-abis main game, kalau korang tak suka aku main game, delete jek aku. Takde masalahnya ye Hehehe..

Sudah tu? Apa yang sepatutnya aku update? Diam aje? Tak best jugak, seolah-olah kita tak wujud kat MukaBuku tu, dahtu buat apa buat akaun? Huhu... update aje status yang membuatkan diri kita sentiasa gembira, bersemangat, dan yang lebih berguna membuatkan orang lain memanfaatkan status kita tu sebagai ilmu yang membawa faedah.

Buat masa ni aku pun tengah mempersiapkan diri dari mendiamkan diri dengan cuti sebulan (game tak termasuk ye), Aku juga tak kurang asyik memperlekehkan status kawan-kawan seperti contoh kat atas, supayanya aku dapatla mengurangkan dosa, mengurangkan umpatan. Niat coretan ditulis bukan untuk mempersenda, cuma tempelan ini sekadar renungan. Mana yang salah dapatla diubah... Aku bukanla baik manapun. huhu...

p/s: kredit pada Pali, untuk membuat coretan ini. Aku ubah banyak dari format yang asal tau... hehe...

:: Umur 28 Tahun Kena Banyak Sabo ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/04/2010 04:37:00 PTG

2

Ye la... Yela... Aku wish la hari jadi kamu IJUWANI. Selamat Hari Lahir ke 28 tahun. Kira kamu tu dah tua, cuma belum cukup bangke je lagi. Wawawawa... Kira ko kena panggil aku pangkat abang pasei aku ni lahir bulan 2... Orang mude tak baik marah-marah kat orang tua cam aku... Apa apapun, HAPPY BIRTHDAY... Jangan mencik-mencik, dan apa yang berlaku, sabo ajelah ye? Wink wink... :D

p/s: Tengah cuti kat FB, Tak boleh nak wish kat sane...

:: Bertahan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/02/2010 12:01:00 PTG

0

Ramai suara-suara sumbang nak cuba merosakkan rancangan sebulan aku di FB. Tak baik buat fitnah ooo benda-benda yang aku tak buat... Nak aku komen kat FB tu, tunggu je bulan November nanti... Buat ponek yo korang buh memacam kat sana tu... Ahaks.... Sabar itu separuh dari IMAN... :D

:: Sebulan je... ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/29/2010 11:05:00 PG

5

Saja nak buat gimik sikit, cuba taknak wat apa-apa komen atau update status kat Facebook. Tapi tangan ini cukup gatal bila nampak status-matus kengkawan yang memikat hati. Rasa geli je tangan nak komen. Dengan semangat dan ketinggian yang gigih ini, sedaya upaya juga aku menahan rasa gatal nak komen status mereka. Tengok la selama mana aku mampu menahan.

Percubaan selama sebulan bermula bulan ini (Oktober) sehingga awal bulan November. Ekeke... Boleh ke bertahan? Mesti ada yang gelak beserta sindiran melampau. Sekadar percubaan nak mengurangkan dosa kot, asik kutuk orang sana, sindir orang sini. Hahaha...

Sebulan? Boleh ke? Hahahaha...

p/s: tak update status, tapi game Facebook tetap jalan macam biasa. :D

:: Ghayo Ghayo Umah Terbuko ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/27/2010 12:02:00 PTG

0


Terima kasih Cik Iszuanie kerana tag gambar ni kat Facebook... Semalam ada jemputan ke rumah Elza Leena. Seminggu lsudah dia ajak. Memandangkan aku pun bukan buat apa pun Ahad tu, cuma nak memenuhi masa menghadiri rumah terbuka dan berhari raya. Dan semalam juga aku puas berhari raya rumah ke rumah. Mana yang sempat je aku jumpa (Syikin & Tunang, Feena, Sumarlina, Iszuanie, Shahril, John, dan tuan rumah Elza Leena). Khabarnya ramai yang datang lepas aku balik, tapi apakan daya. Tak dapat tunggu diorang lagi sebab banyak lagi rumah nak dihadiri... Tahun ni takde gathering pasal tokey gathering dah kawin yek. Ramai je suruh aku buat, tapi aku tak kuasa nak buat pasalnya semua nak tuju aku. Apa salahnya yang tuju tu pulak anjurkan gathering. Senang cerita, tau susah senang nak dikumpulkan kawan-kawan... Ehehehe...

:: Raya Ni, Semua Muka Dia ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/25/2010 12:30:00 PTG

1

:: 24 September 2010 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/24/2010 11:43:00 PG

0

Suka sangat Siti tu bila dia scan perut dia kat hospital semalam. Katanya nampak la sel dalam perut dia yang bergerak-gerak (baby kami). Nampak degupan jantung dia, kepala, tangan. Cepat-cepat dia SMS aku suruh aku call dia. Aku terbaca je SMS tu, terus aku call dengan pantas. Aku nak mintak gambar yang dia pergi scan tu, boleh pulak doktor terlupa nak save. Adoyai. Apala doktor ni!!! Huhu...

Sedar tak sedar, dah dekat 2 minggu kita menyambut Syawal. Masih ramai yang menjemput ke 'Open House'. Mana yang sempat aku singgah tu, aku singgah la. Mana yang tak tu mungkin terlewat menjemput. Maaf la ye. Yang dulu di dahulukan, yang kemudian di kemudiankan. Suasana tempat kerja aku sekarang pun sangat berbeza dari yang dulu di mana kat sini aku bebas bersuara, bebas bergerak, bebas segala-galanya. Tak macam dulu, terperuk ngadap PC, 'SELAGI BELUM TUTUP MATA, KERJA! KERJA! KERJA!!'. Syukur dengan apa yang aku dapat sekarang.

Tak ada yang menarik nak cerita lagi. Lama dah tak upload gambar kat blog ni... Cuba Try Test sikit!!!


:: Setelah Lama Bersarang ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/23/2010 11:59:00 PG

2

Lama sudah tak masuk ini blog. Berlapuk sudah blog ini. Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang aku bergelar suami. Dah hampir 5 bulan aku menjadi sang suami. Inai di kuku kami pun belum hilang sepenuhnya. Adala tinggal 2mm lagi. Hahaha...

Kini setelah hampir 5 bulan aku bergelar suami (berapa kali nak cerita), kini frasa hidup aku mulai berubah. Bakal menjadi bapa di mana isteri aku sedang mengendongkan kandungan hasil perkahwinan kami dalam lebih kurang 3 bulan. Hidup aku mulai rasa perubahan persekitaran dimana tiada lagi soalan bila nak dapat baby? Insyaallah kalau di izinkan Allah, due aku bakal menjadi bapa jatuh pada bulan aku menikah. Alhamdulillah.

Rutin harian aku juga turut berubah, aku kena mencari rezeki yang lebih. Dulu aku kerja pada bidang Grafik, sekarang aku telah menukar bidang 100% ke arah bidang IT. Kerja mudah, takyah pening hari-hari nak cari idea. Malam pun sangat senggang, boleh cari duit part time lagi. Rasanya ni je aku leh cerita dulu. Nanti update lagi kalau tak malas yek? Wawawa...

:: Merasai Suasana World Cup ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/16/2010 07:35:00 PTG

0

:: Bingkisan Untuk Semua ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/25/2010 02:09:00 PTG

2


p/s: Format untuk album perkahwinan

:: Ntah Nak Bubuh Tajuk Apa ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/27/2010 12:07:00 PTG

0

Bosannya aku harini. Kawan-kawan tak roger le plak gi melepak ke apa ke... Huhu. Nak balik Ipoh (tambah cuti semalam) tak dapat pulak. Mak ngan Abah tak ada kat sana. Ada urusan untuk perkahwinan aku katanya, nak menjemput sedara mara bagai. Adududu...

Dah naik tepu kepala aku ni duduk kat umah aje. Cuaca pulak panas dan hujan sepanjang hari semalam. Mandi jangan cakap, asyik kuar masuk bilik mandi je nak sejukkan badan.

Kiraan untuk majlis nikah aku (mengikut tarikh 19 Mac 2010) tinggal beberapa detik sahaja. Tak sampai sebulan pun lagi. Rasanya aku pun makin hari makin berdebar je rasanya. Bukan sebab takut, tapi keadaan tertekan dengan kisah harian aku yang kadang-kala buat aku rasa nak je aku melayang terbang mahukan keamanan.

Pernah satu ketika dulu (mengikut entry lepas-lepas) aku pernah cerita kan pasal sorang budak baru yang masuk kat tempat kerja aku. Selalu buat masalah, datang lewat ponteng kerja... Sekarang dia dah blah mengikut suka hati mak bapak dia je. Kerja menimbun (kerja dah bagi seminggu lepas tapi asyik menuang aje) tak siap langsung, dan selepas dia blah kerja tu aku kena handle. Banyak plak tuh... Sekarang saat akhir-akhir aku nak berhenti kerja, makin banyak kerja aku. Pending 2 buku penerbitan kena siapkan. Manakala surat berhenti pun belum aku bagi lagi buat masa ni. Kalau dah tender, tak taula macamana seksa aku nanti.

Tertekan aku boleh buat aku sendiri tak paham apa yang aku tengah buat sekarang ni. Pasrah ajela harap apa yang bakal berlaku seminggu dua ni tak buat aku pitam, dapat meneruskan perjuangan aku sebagai seorang lelaki yang akan dinikahkan. Hehe...

Aku mengharapkan kesihatan akan terus baik untuk meneruskan agenda yang masih belum selesai...

:: Wifi Free ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/27/2010 02:15:00 PG

0

Sikit hari lagi kalau ianya berterusan macam ni, aku nak potong celcom broadband aku... Ekeke... Wifi Free 24 jam... Maybe dari pencawang belakang rumah aku...


:: Iklan Rokok ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/26/2010 09:59:00 PG

0


p/s: Moral; Hisap rokok = Mati. Bagilah tempat duduk kepadanya. Mereka lebih memerlukan...

:: Malaysia's Three Premier Polytechnics Named ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/25/2010 07:12:00 PTG

2

PUTRAJAYA: The much-awaited announcement has finally arrived and three polytechnics have been selected as the nation’s premier polytechnics.

The three institutions chosen are Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah in Shah Alam (Selangor), Politeknik Ungku Omar in Ipoh (Perak) and Politeknik Johor Baru (Johor).

Higher Education Ministry director-general Datuk Imran Idris made the brief announcement after Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin launched the ministry's Polytechnic Transformation Plan.

The event bearing the tagline “Transforming Lives” is part of a grander scheme to restore public confidence in local polytechnics.

The three premier polytechnics are said to focus on technical programmes in niche fields which address the needs of the services industry.

A press statement by the ministry read that with the green light to enrol foreign students in the near future, it is hoped that premier polytechnics will foster the internationalisation of local knowledge, innovation and technology applications to other countries – especially in developing nations.

Centres of technology which serve as hubs of reference, research and international collaboration will also be established in the premier polytechnics.

To ensure that quality is upheld, the premier polytechnics will be benchmarked against renowned technical institutions such as the Faschoschule in Germany, Austria, Sweden, Finland, Norway and France.

The ministry has also introduced a “star rating system” which identifies the strengths and weaknesses of polytechnics.

The transformation plan will also see the ministry upgrading the enrolment capacity of polytechnics.

Many courses which cater to the needs of the services industry are in the pipeline and the ministry is targeting a polytechnic enrolment of 119, 000 students by 2015 through this initiative.

To upgrade the quality of polytechnics, diploma and higher diploma programmes will be given priority and certificate-level courses will no longer be offered from the July 2010 academic intake.

The ministry has targeted an increase of diploma students to 87, 440 in 2012 – a 30% increase from the 2009 figure of 60, 840.

The transformation plan will also benefit the academic staff in polytechnics.

It has been targeted that 34% of polytechnic teaching staff should receive at least a basic degree in their field of specialisation.

The need to transform the local polytechnic landscape was first announced by Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin in his New Year’s address to his staff on Jan 12.

Mohamed Khaled, who was also present at the event said in his speech that the transformation plan is to make polytechnics the preferred choice of students – not a “second chance route” which is commonly perceived now.

p/s: Terbangga kejap...

:: Akibat FB kena Block ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/24/2010 03:15:00 PTG

1

p/s: Nak block ye? Block le, aku masih leh masuk gak pakai modem sendiri... Kalau Kantoi? Takpe sebulan je lagi... Sabar... Berkira dah skarang...

:: Ucap Terima Kasih Pada Aku ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/22/2010 02:11:00 PTG

0

:: Jalan Jalan Putrajaya ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/21/2010 03:28:00 PG

3

:: Jom Kita Belajar Bersungu-Sungu ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 2/19/2010 05:36:00 PTG

2

:: Pung Pang Pung Pang ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/17/2010 04:04:00 PTG

2

Baru sakat Sariah jap tadi.. Pung Pang Pung Pang (bunyi kompangla lebih kurang). Mende ni la yang dia sibuk nak cari. Kalau tak jumpa download aje lagu ni pastu pasang kat DVD player. Murah sikit kosnya. Ekeke....

:: Lengang ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/17/2010 11:01:00 PG

2


Suasana agak luar biasa harini. Lihat gambar, biasanya sesak dengan kereta kat tepi-tepi jalan ni. Harini langsung takde kereta kat kawasan ini. Ini menunjukkan kawasan ini dikuasai oleh masyarakat cina yang mencari rezeki di muka bumi ini. Macam dah boleh berbaring je kat jalan ni... Huhu...

:: Pedih!!! ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/15/2010 07:52:00 PTG

2

Adeh... Kaki kena ekzos... Sikit je pun bukannya banyak mana. Tapi pedihnya tak hengat. Cuai betulla aku... Nak parking motor je pun. Ni semua pasal nak parking tempat sempit la ni. Wa... Mana minyak gamat ni? Nak guna time tu la dia hilang, Time hilang time tula nak guna... Huhu...

:: Miningkat... Ahaks ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/14/2010 02:11:00 PTG

0

:: Sabtu ialah Saturday ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/13/2010 11:50:00 PG

0

Aku cuti 4 hari (Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa). Tak ke mana-mana rasanya pasal minggu lepas baru je balik Ipoh. Nak balik lagi sekali rasanya budjet tak mengizinkan. Pagi tadi kengkawan ada yang balik ke kampung katanya mungkin malam tadi sesak kat jalan raya. Pepagi lagi Sariah call aku kononnya anggap aku pun balik Ipoh. Ehehe... Dia kata ikut highway ke Ipoh dah melekat tak bergerak. Rasain, dah tau hari perayaan Tahun Baru Cina memang menjengkelkan untuk pulang ke Ipoh. Tau-tau jela, ramai orang cina kampungnya kat Ipoh. Pernah masa aku belajar dulu dari JB nak balik ke Ipoh mengambil masa 5 jam perjalanan. Nah!!! Akibat kesesakan jalan raya masa tu, tumpo montot aku duduk dalam bas 8-9 jam baru sampai ke rumah. Sesak giler!!!

Apa nak buat cuti-cuti ni? Semalam aku call pejabat agama bertanyakan surat kebenaran kahwin luar daerah dah siap. Cepat-cepat aku call Abah suruh ambik lepas sembahyang Jumaat. Dalam pukul 4.30 petang camtu Abah call aku, dah ambik katanya. Alhamdulillah. Selesai sudah satu hal. Bab-bab souvenir pun sudah selesai nampaknya di mana masa cuti minggu lepas aku menggunakan kesempatan yang ada untuk menyiapkan serba sedikit persiapan. Konon cam dah cukup, tapi dalam hati macam tak cukup aje. Huhu... Tawakal ajela...

Angah ngan geng JQZ semalam ada ajak aku gi karaoke semalam. Akibat keletihan, aku tertidor sampai pukul 8.30. Angah dah mula call, makanya aku bagitau aku tak jadi pegi pasal bila bangun je pale aku dah tingtong... Takpela lain kali jela karok. Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Perut pun tak terisi lagi. Aku bedal limau je masa ni. Kang sakit perut padan muka. Tanggung la sendiri!!!

:: Seminggu Lagi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/09/2010 12:39:00 PTG

2

Tadi Ustad Zainuddin call aku... Lega la sikit bila Ustad tu call, tandanya dia mengambil perhatian. Dia tanya kenapa aku cari dia. Aku cakapla nak pengesahan borang kahwin. Aku cakap semua dah selesai bila aku jumpa Ustad Mat Husein.

Mungkin sebab aku lelaki, pasal mukim berbeza takpe kot? Melainkan perempuan yang kena betul mukim ikut Penolong Pendaftar barula ada kekeliruan camtu. Lepas aku cakap aku dah mintak pengesahan kat Ustad Mat Husein tu, Ustad Zainuddin tu kata boleh juga. Pasal ini pengesahan Penolong Pendaftaran mengikut borang aje. So, takde pape masalah.

Satu bab pasal pengesahan dah selesai. Tapi surat kebenaran nikah luar daerah belum boleh dapat lagi plak. Lepas aku submit borang kat Pejabat Daerah Agama Islam kat Ipoh, aku diberitahu untuk mendapatkan surat tu tunggu dalam seminggu. Sariah plak cakap tunang dia dapat on the spot. Pelik plak aku. Kena plak bayar 5 ringgit. Aku takyah bayar pun? Tak sama ke weh?

Nampaknya kalau surat tu dapat seminggu, aku plak tak ada kat Ipoh dah masa tu. Terpaksalah suruh abah aku ambik kat Pejabat Agama tu. Pastu terus hantar kat belah perempuan ataupun pos laju je kat aku nanti. Selesai mungkin. Tapi dalam apa jua keadaan, satu saat pun masa ni amat berharga bagi aku dan mula rasa menggelabah dah bila tarikh makin dekat. Adoyai!!!...

:: Cop Kadi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/08/2010 06:31:00 PTG

3

Sengsara aku hari ni selesai kan borang nikah kawin aku. Berlari kesana kemari mencari Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju'. Dari semalam hingga pagi tadi call Kadi kat Ulu Kinta, Ustad Zainuddin punya payah nak dapat. Bila dapat je calling tak berjawab. Maka aku pun terus terjah je kat rumah dia di Kem PGA Ulu Kinta. Rumah nya macam ada orang. Bagi salam tapi tak berjawab. Cuba calling pula telefon rumahnya, "Harap maaf, talian ini telah ditamatkan perkhidmatannya... Bla bla bla". Aiseh...

Jadinya aku tanpa mempedulikan kawasan, aku terjah pula ke Penolong Pendaftaran lain kat Batu 6. Sampai rumahnya, aku call... Dapat. Dia pun takde kat rumah tapi akan pulang dalam pukul 12.00 lebih katanya. Tak kisahlah, janji aku dah buat appoinment. Balik...

Tepat pukul 12.15, aku gerak ke rumah Ustad Mat Husin. Dia tak sampai lagi. Takpe, maybe aku terawal. Jenjalan jap kat GIANT. Belila barang-barang yang belum complete untuk majlis. Habis je pusing-pusing, call Ustad. Dia dah balik. Terus gegas ke rumahnya. "ASSALAMUALAIKUM" seraya beliau pun menjawab "WAALAIKUMSALAM".

Check semua dokumen, interview sikit-sikit. Dia tanya duduk mana? "TANJUNG RAMBUTAN USTAD". Semudah ABC je dia cop. Aku ni je nak cari pegawai cam orang gile. Siap cop terus dia suruh pegi Pejabat Pendaftaran Daerah Ipoh. Dan inilah hasil yang aku kata semudah ABC tu... Huhu...

:: 5282 Lagi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/05/2010 02:12:00 PTG

0


Dah selalu sangat aku cerita kat korang pasal no ni. Dah naik jelak kot korang kenal simbolik no ni. Rasanya dah takyah kenalkan lagi kot? Ya harini hari jadi aku. 5282 - 5 Februari 1982. Umur plak 28. Terbalikkan sahaja dapat no itu. Banyak benda nak kena buat hari ni. Aduh... Undangan majlis hari jadi, nak balik Ipoh, nak berkemas, nak siapkan kerja office. Aduh, bikin capek ini hari. Tapi akan aku buat mana termampu. Atas undangan sambutan hari jadi, kalau takde aral akan ku hadir ini malam. Hehe.

Terpaksa balik lekas ke rumah untuk berkemas-kemas. Banyak barang nak kena angkat. Cawan, bungkusan kad kawin yang banyak, cuci kereta (perluke?) basuh pinggan (nak cuti sampai Rabu). Aduyai...

Nak taknak aku balikla tengah malam. Aku pun memang suka drive memalam. Sunyi dan tak sesak. Lagipun aku tak boleh drive siang mahupun petang. Kuat ngantuk kerana silauan matahari menerbitkan pasir-pasir di mata.

Esok (Sabtu), pun banyak kerja nak selesaikan. Nak ukur baju pengantin, nak beli barang-barang persiapan, nak itu-nak ini. Nak bungkus souvenir. Warghhhhhh!!! Rasanya cam cuti aku untuk semua benda itu. Uh. Tapi ini hanya sekali seumur hidup. Kenala berkorban sikit. Jangan la nak merungut!!!

:: 28 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/04/2010 10:01:00 PTG

1

Umur pun dah makin meningkat, pemikiran masih ditakuk lama. Bila nak bertukar angin? Tahun ni mungkin banyak perubahan persekitaran akan berlaku dalam hidup aku. Bukan kome tak tau, aku kan dah nak kawin? Muahaha... Dulu 8 inggit makan sorang, sekarang lapan inggit makan dua orang. RM4.50 aku makan, RM3.50 bakal isteri aku makan. Apesal tak sama plak ni? Hehe, kena la makan lebih pasal aku pun nak gak gemok. Huhu... Umur 28. Penting ke semua tu? Umur hanya angka, yang penting pemikiran yang kena ubah. Ntahla, mungkin aku sendiri nampak cam zaman sekolah, tapi tak tau la org lain. Ekeke... Entry ni cuma nak mengingatkan diri aku yang makin lama aku semakin menghampiri mati. Ada ke yang telah aku capai? Kahwin? Salah satu perkara sunah yang digalakkan. Akan menghampiri juga harinya nanti. Semoga adanya teman hidup, dapatlah jaga susah-senang, sihat-sakit, makan-minum. Aku bukan macam dulu, kalau sakit, sendiri mau ingatla pegi klinik ke, makan ubat ke. Ni sekarang kena la tahan telinga sikit kalau ada orang sebelah yang tak puas hati. Aku senang je, buat tenging je. Hahaha...

Aku semasa dilahirkan didunia ini, mengikut surat beranak, lahir pada hari Jumaat pada pukul 9.20 pagi. Kini, 5 Februari 2010, jatuhnya hari Jumaat jugak. Penghulu segala hari. Jatuhnya pulak hari Jumaat tahun ni. Aku kena bersyukur aku masih dipanjangkan umur sehingga tahap ini. Aku tak mengharap hadiah, tak mengharap kebendaan pada hari lahir ini. Cukuplah sekadar kawan-kawan mendoakan kesejahteraan aku cukuplah. Dah memadai bagi aku, asalkan jangan ada perkara jahat yang mendatang. Esok jangan lupa sembahyang Jumaat MAZLINIZAM oi!!!! Hari Jadi pun nak ponteng ke? Ekeke...

:: Baca Sahaja ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/04/2010 07:05:00 PTG

0

Perlukah aku letak alamat dan peta rumah kat blog ini untuk jemputan kenduri kahwin aku nanti? Rasanya aku tak perlu kot letak alamat mahupun peta kat blog ini. Ini adalah kerana situasi dunia tanpa sempadan ini sangat berbahaya untuk kita kongsikan. Memandangkan blog aku ini pun telah dibuka untuk tatapan umum, tiada sekatan lagi untuk yang hanya boleh membaca sahaja untuk mengakses ke blog ini. Bagi aku, cukuplah mereka yang mendapat kad jemputan sahaja tau kat mana lokasi rumah nanti. Bukanlah tidak menurut kata kawan-kawan untuk meletakkan peta lokasi di blog ini, tetapi atas alasan keselamatan, lebih baik aku rahsiakan sahaja lokasi majlis tersebut. Biarlah mereka yang telah diundang dengan jemputan kad sahaja yang tau... Betul tak? Kalau nak kad, silalah hubungi aku untuk mendapatkan senaskah kad kawin yang tak tebilang banyaknya tu. Terlalu banyak... Percuma tanpa bayaran...

Baru-baru ini aku terbaca artikel mengenai keterbukaan seseorang pengguna Facebook yang dengan terang-terangnya memberitahu identiti dirinya di laman sosial itu. Dengan mudah sahaja dia menerima jemputan sebagai sahabat walaupun dia tidak kenali. Kononnya dengan menerima jemputan sahabat itu dapatlah dia mancapai rating sahabat yang tinggi dan ramai. Kesilapan besar dengan mudah menerima jemputan sahabat sedangkan dia tidak mengenali orang yang mengundang menjadi sahabat itu. Akibatnya, dia mati dibunuh kerana tidak menerima kehendak pengguna yang tidak dikenali itu untuk melakukan seks. Sebabnya, di laman sosial tersebut, mangsa telah memberikan arahan dimana mangsa menetap. Ngeri sungguh.

Aku sebagai pengguna laman sosial tersebut, tidak sesekali untuk menerima jemputan sahabat yang tidak dikenali biarlah dianggap sombong. Ini adalah untuk keselamatan diri sendiri. Manala kita tau, ada musuh dalam selimut. Dan aku juga tidak sesekali untuk menjemput sebarangan orang menjadi sahabat. Cukuplah orang yang aku kenal sahaja dan mungkin untuk merapatkan silaturrahim yang telah lama terpisah, aku akan berbuat demikian. Untuk semudah-mudahnya menerima mahupun menjemput, tidak sama sekali... Sahabat yang ada kat laman tersebutpun sudah cukup untuk aku layan dan kadang-kadang menyakitkan hati dan mata je dengan status yang pelbagai. Kekadang status syok sendiri yang mana sentiasa meng'update' status. Nak makan pun tulis, nak pegi toilet pun tulis. YUCK!!!

Aku? Nak update status semudah-mudahnya tak kot? Huhu... Baik aku tulis kat wall orang, dah tentu tak semua sahabat nampak apa yang kita melalut. Dan dah tentu orang-orang yang berkaitan sahaja yang dapat baca. Chill...

:: Terpaksa Berundur ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/02/2010 06:02:00 PTG

1

Akhirnya harini ini aku telah membuat pilihan yang amat berat untuk aku kongsikan. Memandangkan ianya adalah soal peribadi aku, aku berharap aku membuat pilihan yang tepat yang tidak lagi aku berundur dari membuat pilihan ini. Telah aku pertimbangkan dengan sewajarnya bahawa aku terpaksa berundur dari tempat kerja sekarang untuk kebaikan diri aku yang semakin lama aku harus memikirkan masa depanku yang samar-samar. Dengan pilihan ini, aku nyata dapat menjadikan diri aku lebih bermakna dengan kerjaya yang patut aku pilih.

Bukan aku tak gembira dengan syarikat sekarang, bukan juga aku tertekan dengan kerja-kerja sekarang. Aku perlu memikirkan masa depan aku yang lebih terjamin dengan harapan dapat mempertingkatkan harapan aku dan juga bakal (isteri) aku andainya sakit-sakit, dapatla juga benefit apabila menerima kerja baru aku. Aku diterima bekerja di sebuah organisasi KPJ Damansara Specialist Hospital (DSH) sebagai IT Assistant. Jauh sekali dengan bidang aku sekarang sebagai pereka grafik yang kadang-kadang aku sendiri ketandusan idea untuk kerja sebagai pereka grafik. Tujuan utama aku bertukar bidang adalah untuk memperkayakan kemahiran (skill) yang pelbagai. Setelah aku tawar-menawar bila aku harus masuk ke tempat baru, telah juga dicapai. Pada 12 April, mungkin satu sejarah aku sebagai staff baru KPJ DSH akan bermula. Risau jugak pada mulanya mereka mengharapkan aku masuk pada 1 Mac 2010. Memang kelam kabutla aku untuk berhenti di tempat sekarang. Mana dengan hari kahwin aku sebelah perempuan (20 Mac), juga sebelah lelaki (3 April). Setelah berbincang yang mana aku harus masuk pada 1 April telah dilanjutkan pada 12 April 2010. Bukan tak boleh aku masuk 1 April, tapi fikirkan bagaimana kelam kabutnya aku nanti dengan kerja baru dan soal kahwin aku. Huhu...

Bukanlah hendak membincangkan pasal tarikh masuk dan tempat kerja lama, tapi aku harus melihat masa depan aku yang samar-samar di syarikat lama ini. Benefit-benefit yang zero, panel-panel klinik/hospital yang takde (sendiri cover la), bonus-bonus yang kekadang ada kekadang takde, dan soal kerja bawah tempurung (takde hiburan untuk cuci mata dan bersosial). Aku tak tau lagi macamana nak berdepan dengan bos aku nanti untuk memberi notis surat berhenti kerja memandangkan akulah pekerja harapan dia, maybe sukar dicari ganti (ecewah!!). Ya betul, mungkin dia sangat kecewa dengan tindakan aku untuk meletakkan jawatan. Selama 5 tahun aku setia dengan syarikat ini, soal kebajikan pekerja yang tidak di lupakan, keluar masuk staff baru melainkan aku aje yang bertahan... Telah difikirkan sedalam-dalamnya, aku harus melepaskan diri aku dalam kekangan ini. Untuk aku terlepas dari kerja sekarang. Tukar bidang, adalah pilihan sebenar untuk aku tak lagi terbeban dengan kerja yang sama selama 5 tahun.

DSH adalah tempat baru aku, 12 April mungkin jawapan kepada tempat kerjaya baru. Semoga itulah yang diharap andai aku mahu melepaskan diri dari kesamaran masa depan aku di tempat sekarang. Semoga aku di berikan kesihatan berpanjangan untuk meneruskan tugas aku sebagai khalifah di dunia ini...

p/s: Dapat kerja kerajaan lagi best... Tapi belum ada rezeki...

:: Capek dan Dilema ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/02/2010 11:04:00 PG

0

Harini aku agak cenderung ke arah masa be'rileks' sikit setelah bertungkus lumus sejak dari hari Khamis haritu tanpa henti. Akibat bebanan kerja untuk menyiapkan job penerangan "BUKU RASMI MALAYSIA 2009". 400 muka surat kesemuanya... Memang masing-masing macam org giler le gayanya. Ada yang datang sakit tiba-tiba, kena cover. Pearghhh...

Aku dalam dilema kerjaya sekarang ni. Tak tau nak cerita camana... Ini soal hidup mati aku. Tapi apa kan daya, antara terima atau tak... Harap Allah memberikan ketenangan untuk aku menempuhnya...

:: Mood Aku Sangat Best ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/01/2010 03:29:00 PG

2

Apa aku rajin buat sekarang ni? Nak tau? Aku rajin main game online. Dah cam rutin plak bila online kan? Dah jadi cam aktiviti harian plak. Kalau tak update cam tak cukup je hidup ni. Dulu dari level rendah sampai sekarang aku dah pecut tinggalkan kawan-kawan aku. Hahaha... Gile betul kerja aku ni... Aku bukannya tak wat keje, biasala kerja cam aku ni selalu stress carik idea, nak gak rilek2 santai sambil mencari idea. Bila dah tak datang idea, game camnila aku main!!!


Aku sebenarnya baru balik tengok bola kat kedai mamak. Memang ramai yang ada kat sana. Biasala game besar di minggu ini di BPL (Barclays Premier League) antara Arsenal vs Manchester United. Fuhh!!! memang game yang sangat menarik. Sekali Arsenal kena lauk ini malam. 3-1... Mood aku sangat baik malam ini. Pasal Man U menang besar. Hahaha....

:: Aku dan Nasi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/30/2010 11:17:00 PTG

0

Khamis petang aku ingat nak melawat Deris yang dengarnya dia masuk wad HUKM. Penyakit berulang kat telinga dia yang membuatkan telinganya seringkali terasa sakit dah kepeningan serta migrain selalu. Rupanya telinganya dah tahap kronik dan kalau dibiarkan mungkin akan melarat. Katanya gegendang telinganya dah sempit. Dan semua pergerakan badan serta pengimbangan badan semuanya di kawal oleh telinga. Disebabkan itu, dia terpaksa membuat operation di telinganya. Oleh sebab kesan dari operation itu, kulit lengannya harus di potong sedikit untuk ditampal di bahagian telinga untuk menutup kesan luka di tempat bedah telinganya. Ouhhh!!! Ngeri... Rupanya aku yang terpaling awal melawat dia dan tepat juga masa dia keluar bilik bedah. Dan dia sedar akhirnya. Ciss, macam takde pape plak dia... Kita je risau-risau kat dia. Huhu...

Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya tak sampai petang aku dah ditimpa tekanan. Aku sangka lehla balik Ipoh Jumaat petang. Banyak perkara hendak diselesaikan kat Ipoh tu. Tapi terpaksa ditunda ke minggu depan. Pulang je melawat Deris, aku kembali ke office. Ada meeting tergempar dan aku diwajibkan hadir. Meeting punya meeting, aku dan krew terpaksa cancel cuti Thaipusam dan Hari Wilayah. Perghhh!!! Mau tak tension? Aku dan krew terpaksa buat job URGENT bermuka surat hampir 400 halaman. Dan buku itu adalah datangnya dari Jabatan Penerangan. "BUKU RASMI TAHUNAN MALAYSIA 2009". Selasa submit. Huhu...

Harini hari Sabtu, aku masih stayback di office. Makan pun belum lagi. Buat job ngan Client. Boss beli nasik sama itu pizza. Aku makan sekeping pizza. Pizza buatan Pizza Hut rasanya enak bila dimakan panas-panas. Bukan sebab panas tu sedap, aku tengok sedap je client aku makan pizza tu. Aku tak tahan aku pun makan sekeping pizza. Dan nasik aku biarkan di tepi belum dibuka. Aku terus membuat kerja Dari pagi sampai sekarang (malam dah ni) aku belum makan. Terasa perut lapar dan aku tengok nasi yang aku biarkan tanpa dimakan lagi. Angkat tapau itu. "RINGAN". Cek kat meja, takde nasik dah. "Weh mana nasik aku?!!!!"

Seraya teman aku cakap nasik ko dah kena kebas ngan ***** (nama client la tu). Kecempreng betul... Aku penat wat keje dia, dia yang kebas nasik aku... Kipet lock!!! Terus hilang mood nak wat keje... Rasa nak marah tak guna dah... Nasi dah hilang... Aku lapar!!!!

:: Dah Boleh Start Edar ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/28/2010 03:22:00 PTG

0

Hahaha.... Firstly aku nak bagitau, kad kawin aku dah siap... Semuanya boleh dikata perfect seperti di rancang setelah aku sebagai QC mahukan ianya cantik... Yang mensukacitakan, kad aku cuma nak 700 keping belah lelaki dan 700 belah perempuan. Kad aku yang diberikan tersangatlah lebih sampai 900 kad lelaki dan 900 belah perempuan. Giler banyak!!! Sapa aku nak bagi banyak-banyak camtu? Tabur ajelah, takyah jemput pakai mulut. Tengok!!! Cetak bukan lama mana pun, semalam start cetak, harini siap. Bukan lama pun... Tokey je malas, hahaha...

Bermulalah aku untuk mengedarkan kad-kad kawin aku untuk masa ni... Dan bermulalah untuk aku membeli setem-setem mana yang harus dijemput. Yang dekat-dekat aku hulur pakai by hand je. Toksah ngengada nak suruh pos. Setem 30 sen mahal tu... Kalau 900 X 30 sen dah berapa dah? Pada mereka yang sudah memberikan alamat-alamat pada aku, sila tunggu di post box korang. Nanti sampaila tu pekerja-pejabat pos kat post box korang dengan surat-suratnya... Ni ha aku nak bagitau, aku hulur awal-awal (hampir 2 bulan awal), bolehla korang rancang cuti korang, kang kata aku bagi last minit, payah mintak cuti kan? Selamat datang la aku ucapkan. Semoga kalian dirahmati Allah dengan kehadiran korang itu. Insya'allah....

:: Melawat Kilang Cetak ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 1/27/2010 09:43:00 PG

4

Sempat menyinggahkan diri kat kilang cetak Sri Damansara. Kehadiran aku yang kadang kala menimbulkan rasa kurang senang (biasala client), setelah hari-hari melawat untuk bertanyakan kad kahwin aku. Hampir seminggu dah terlantar je plate cetak aku kat kilang tu tak bergerak-gerak. Dan berhari-harilah aku bertanya bila kad aku nak siap.

Pagi ni, hati aku terasa sedikit lega kerana kad kahwin aku dah mula bergerak dicetak. Takdelah aku asik bertanyakan saja kat tokey kilang tu. Semalam aku sudah mula gertak tokey kilang tu, yang aku nak guna hari Jumaat ni. Ekeke... Cetak bukannya lama manapun. Aku taula aku ni client yang regular, tapi jangan le amik kesempatan. Takpe, yang penting dia dah start cetak... Takla aku terasa plate cetak aku tu terbiar je... Harap-harap sebelum Jumaat ni boleh la siap cetak ngan cutter barang aku tu. Pasal aku nak balik kampung dan nak mula edar kad-kad kawin aku tu. Takut kalau tak siap Jumaat ni, aku umpama balik kampung ngan tangan kosong je... Banyak perkara aku nak selesaikan bila aku pulang nanti. Memandangkan Isnin (Hari Wilayah) cuti, aku nak pegi pejabat agama, nak submit borang kahwin (dah leh kawin... yeye...)