:: Ini Nama Aku ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/31/2009 05:10:00 PTG

2

Saje-saje search kat google, terlihat kelibat nama aku yang serupa. Ada jugak orang pakai nama serupa aku ek? Tak sangka betul. Aku ingatkan nama aku ni pelik sikit bunyinya, rupanya dari perspektif lain, memang ada gak nama aku serupa ngan orang lain. Bukan tak syukur nama ni, tapi nama pelik-pelik ni tak biasa orang lain guna. MAZLINIZAM nama yang satu dalam sejuta. Tapi kalau dua mungkin dalam dua juta orang.

Susah payah Mak Abah aku cari nama ni dulu agaknya. Tapi dari nama ni, dah macam-macam pecahan dah member-member aku gelarkan. Mazli, Mali, Lie, Alin, Nizam @ Zam. Tapi nak wat camana? Kena hadapla jugak. Kang kata aku sombong plak? Hehe...

Nama panggilan paling femes oleh golongan tertentu:
* Mazli - Digelar masa dalam peringkat sekolah rendah dan menengah.
* Nizam @ Zam - Setelah habis sekolah peringkat menengah dan rendah.
* Lie - Ni sikit je orang guna (Deris ngan Faizal Helmi kebiasaannya).
* Alin - Pelat masa kecik yang tak leh ubah especially untuk panggilan keluarga.
* Mali - Ni Jessifer yang panggil sampai satu Poli JB panggil aku nama ni.
Walaubagaimanapun, kalau bukan orang yang tidak sesuai panggil nama salah satu tersebut, aku buat tak paham je, jangan kata aku sombong plak ye? Serius, ini pernah terjadi. Ada orang panggil nama kat majlis yang berbeza group, mulalah aku meliar mata tak paham. Sila alert...

:: Lagi-lagi Gambar (Pengawas 1995) ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/31/2009 01:41:00 PG

0

Anggap sahaja entry ini sekadar cerita si penulis. Sesekali, sedikit kenangan perlu disiarkan kat blog ini apa salahnya kan? Untuk tatapan cucu-cucu atuk nanti. Kot-kot la blog ni wujud lagi bila tiba zaman korang membesar. Bolehla tau apala atuk buat zaman dia muda-muda dulu. Blog ni takde wasiat ye cucu-cucu atuk? Nak tau wasiat, tanya kat mak bapak korang apa yang dia tinggalkan kat korang nanti. Hehe... Ntah-ntah zaman cucu-cucu atuk nanti lagi canggih kot? Blog ini dah jadi macam ketinggalan zaman agaknya. Manala tau kan zaman korang nanti ada cara penulisan lagi mudah. Blog ni dianggap picisan je dan mungkin dianggap sebelah mata je macam Microsoft Paint kalau nak dibandingkan dengan Adobe Photoshop. Huhu...

Cucu-cucu atuk yang dikasihi,

Atuk nak cerita masa ni nilai seringgit semurah beli kuih 3 jenis. Zaman korang nanti agaknya seringgit dapat seketul kuih masalodeh je kot? (Terikut-ikut entry Satu Ringgit plak). Atuk pun masa ni pakai kereta atas darat je, kot-kot la masa korang nanti kereta tak jejak tanah dah. Telefon pun sedang-sedang je besarnya manala tau zaman korang nanti telefon sangkut kat lubang telinga je. Paling canggih pun masa atuk tulis blog ni pakai modem broadband celcom yang yang boleh di bawa ke mana-mana saje. Tu pun tengok coverage. Kalau hampeh, memang sakit hati betul atuk ni. Ntah-ntah nanti zaman korang, internet ni macam keperluan yang tak payah bayar. Cume Wi-fi je di mana-mana. Dalam hutan banat pun boleh access internet.

Atuk tak kawin lagi masa ni pasal tu atuk boleh tulis sampai tengah malam. Ni pun atuk belum tidur lagi. Tengok jam dah pukul 2 pagi. Nanti atuk dah kawin, tak bolehla atuk tidur lambat lagi, nanti nenek marah. Esok nak kerja katanya. Hahaha... Udah-udahla tu ngarut atuknya.

Dulu masa atuk sekolah, atuk ni pengawas. Atuk jadi pengawas ni pun, Cikgu Tazally yang lantik. Atuk tak de mintak jadi pengawas ni ha. Ntah dari segi mana dia nampak atuk ni best pun tak tau. Pengawas-pengawas lain semua kena isi borang nak jadi pengawas. Atuk jadi pengawas masa tingkatan 3 sampai tingkatan 5. Percaya tak atuk ni tak penah kena interview? Tup-tup atuk terus dilantik jadi pengawas.  Memang atuk dilahirkan dengan jiwa pengawasla katakan. Hehe...

Atuk taknak cerita panjang-panjang. Korang pun bukan suka atuk membebel. Kalau tak caye atuk penah jadi pengawas, korang tengok gambar kat bawah tu. Carila mana satu atuk. Kalau korang jumpa, maknanya korang memang cucu-cucu atuk yang cerdik lagi pintar. Lepas korang tengok, mesti korang cakap atuk ni slim masa muda-muda dulu (ntahnya aku leh gemuk nanti?). Korang layanla dulu, atuk nak pergi beradu dah. Korang pun jangan asyik nak berpoya-poya je. Ingat solat selalu. Chow....

p/s: Harap cucu-cucu atuk nanti jadi anak dan cucu yang soleh...

:: Apa Punya Miskin Da ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/30/2009 04:42:00 PG

2

Agak lucu rasanya bila forum yang hari-hari aku mengadap, digantung akaunnya sebab tak bayar yuran langganan. Forum tersebut ialah bincang[dot]net. Macamana forum yang begitu aktif dan telah lama menapak tiba-tiba digantung. Iklan forum pelbagai-bagai, takkanla takde sen kot nak bayar? Apa-apapun dalam keadaan lucu tersebut, terselit juga rasa kecewa bila capaiannya telah disekat buat sementara waktu. Semakin lama semakin ramai pengunjungnya mendaftar. Mesti gelak besar "forum sebelah" bila tau forum ni kena gantung. Tapi apakan daya, itu kerja "orang-orang" yang lupa nak bayar yuran la tu.

Diharap segala masalah ini dapat segera di selesaikan agar tidak menjadi lebih kusut tentang masalah dalaman mereka. Forum yang bagus untuk diiklankan kat blog ni di mana segala bentuk perbincangan tak kira politik, sukan, bab agama, elektronik, teknologi dan sebagainya dibincangkan dengan baik oleh forumer. Harap masalah ini dapat segera di selesaikan...

:: 6 Ogos, Camana Ek? ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/30/2009 03:17:00 PG

0

Kali ni betul-betul aku tak ada idea macamana nak sambut harijadi Abah. Memandangkan kononnya aku tidak menyambut "Hari Bapa" atas alasan tertentu. Hari tersebut mungkin aku betul-betul akan menyambutnya sebab inilah tarikh keramat setiap tahun yang dinanti-nantikan oleh kami adik-beradik kepada ayahanda tercinta.

Image Hosted by ImageShack.us

Biasanya memang susah untuk berkumpul sama-sama untuk pulang ke kampung menyambut harijadi Abah sebab masing-masing punya kehidupan sendiri di perantauan. Susah cuti dan mungkin kekeringan kewangan pada bulan tersebut. Mana taknya, Mak Abah ada kat Ipoh. Aku, Angah, Along ada kat KL. Adik pulak ada kat Jerantut, Pahang. Kalau boleh pulangpun mana boleh serentak. Tak tau camana nak mengumpulkan kembali pertemuan di Ipoh beramai-ramai selain Hari Raya. Aku fikirkan ada baiknya masing-masing mencari alternatif sendiri untuk menyambut harijadi Abah. Tahun ni dah banyak sangat aku cuti ditambah lagi dengan cuti ponteng tanpa MC. Memandangkan pula, Ramadhan dah nak hampir tiba. Raya pun seakan menjelma. Sendiri ingatla ye...

:: Satu Ringgit ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 7/30/2009 12:55:00 PG

2

Singgit, seringgit dan satu ringgit adalah satu perkataan yang sama maknanya. Nilai satu ringgit, apa yang kita dapat sekarang? Nilai satu ringgit, ke mana hala tujunya? Satu ringgit nak beli nasi lemak pun tak dapat. Zaman berubah mengikut nilai semasa. Satu ringgit layak dimasukkan ke dalam tabung masjid sahaja. Itupun terkebil-kebil nak masukkan dalam tabung masjid pada hari sembahyang Jumaat. Sudah jauh sekali nilainya susut tidak seperti zaman aku sekolah dulu.

Gambar sekadar hiasan (tiada trademark 'specimen' sebab tidak laku lagi)
Dulu aku sekolah Mak membekalkan aku 40 sen je sehari. Kalau Mak bagi seringgit, itupun dapat masa awal bulan je setelah membodek Mak. Dengan nilai seringgit dulu, sangat mewah rasanya kalau aku masukkan ke dalam poket. Macam boleh belanja 3 orang nasi lemak 30 sen siap ada baki sekupang lagi. Dulu cukup mewah bila dapat seringgit yang masa tu duit bulat tembaga (Ada dalam simpanan dalam 7 keping lagi).


Dulu punya susah nak bodek Mak untuk dapat duit seringgit ni. Selalu merajuk bila Mak tak bagi duit, tapi Mak pujuk aku dia akan bagi duit belanja seringgit sekali je sebulan di awal bulan. Kami adik-beradik bukannya mewah berbelanja masa dulu. Cukupla sekadar berbekalkan 40 sen tu dari sekolah pagi hingga ke sekolah agama petangnya. Sampaila satu masa tu Mak naikkan elaun aku 40 sen ke 50 sen. Itupun dah cukup bersyukur sangat. Dikira-kira semula kenapa dulu cukup makan? Dulu seringgit kat sekolah, beli kuih masalodeh dapat sepuluh ketul, kopok lekor doploh keping. Siap belanja kawan-kawan lagi.

Zaman berubah, nilai matawang pada pasaran turut berubah. Apa ada pada satu ringgit? Rasanya seringgit tak membawa apa-apa makna pun pada zaman ini. Ianya layak ditaburkan pada si pengemis jalanan takpun pada pejalan-pejalan meminta simpati si buta diapit seorang yang normal tingkahlakunya. "Seringgit sudahla, itupun bagi dah cukup bagus". Nilai seringgit tak membawa apa-apa makna dah sekarang.
Aku: Bang isi minyak motor singgit
Etenden Pump: Takleh di
k, paling koman pun tiga hengget
Dialog kat atas dah menunjukkan nilai seringgit memang tak berguna zaman ini. Bukanlah mengada-adakan cerita, tetapi itulah hakikatnya betapa fungsi seringgit tidak bermakna lagi. Seringgit cuma boleh membeli kuih 3 macam, air kosong, ngan gula-gula je. Jangankan kata nak makan mewah, nasi kosong pun dah berharga seringgit. Makan takde lauklah gamaknya.

Bukan memperlekehkan nilai satu ringgit, cuma kalau selai memang takde gunanya sangat. Tapi kalau dah jadi banyak camni, mau juling mata dibuatnya...

p/s: Simpanan untuk edar kat budak-budak pada Hari Raya. Budak-budak tak reti kira, elokla bagi Singgit sorang je...

:: Tingkatan 4VT1 (1994) ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/29/2009 04:17:00 PTG

3

Rindu banget sama ini gambar. Sudah lama aku idamkan untuk memilikinya kembali. Menyesal tak sudah dulu aku berkira-kira untuk membeli sekeping gambar kelas yang harga tak sampai 2 hengget. Dulu rasa  berkira sikit nak beli. Bukan apa, mana ada duit sendiri. Tupun harap mak bapak punya duit. Memang dulu aku berkira sikit nak beli pasal tak nampak kenangan ni di bawak sampai mati. Yang aku tau, kelas terbaik aku bersama kelas-kelas VT1 dan VT2. Semua kamcing. Aku sebagai pengawas sekolah pun buat-buat tak nampak je diorang tu langgar undang-undang sekolah. Hisap rokok kat tandas pun aku wat bodo je. Baikkan aku? Tanya Azwan, dia ketua pengawas pun tak leh pakai. Hahahaha... Jahanam betul perangai.
Berdiri Atas Dari Kiri:
Haruvinthiran, Raja Shima, Mohd Azwan, Leow Dick Yong, Shahiddan

Berdiri Atas Tengah Dari Kiri:
Mohd Firdaus, Bala, Mohd Safirul, Mohd Khairin (Arwah), Mohd Hafiz, Mazlinizam (akule tu), Saravanan, Wan Mas Indra

Berdiri Bawah Dari Kiri:
Norazlinawati, Salimatul Izza, Nor Almida, Masyithoh, Noraini, Farizatul Syakirah, Jessifer Rapheal Terry, Tan Leng Nee, Teh, Subashini, Ratha

Duduk Dari Kiri:
Irwandy, Alid Hattan, Shahril Amir, Mohd Anuar, Cikgu Al-Rozi, Rathina, Harziaty, Suhaini, Santha

p/s: Thanks Harziaty bagi gambar kenangan ini...

:: Apa Punya Tur ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/28/2009 04:23:00 PTG

2

Bos: Kita akan outstation seminggu, jadi aturkan segala hapa jadahnyer…
Setiausaha menelefon suaminyer: Abang, saya terpaksa ikut bos outstation seminggu, so abang pandai-pandai la makan ek...
Suami menelefon buah hatinyer: Ayang, bini abang akan outstation seminggu… Yahoo.. Pe kata ayang lepak umah abang. Hehe...
Buah hati menelefon anak murid tusyennyer: Cikgu akan outstation seminggu, so toksah datang tusyen yea…
Anak murid menelefon atuknyer: Tok, cikgu tusyen Amil busy seminggu. Yahoo… Tok datang la sini… Kite jalan-jalan…
Atuk yang kaya-raya menelefon setiausaha: Minggu ni saya nak habiskan masa ngan cucu saya, so batalkan la outstation tu...
Setiausaha menelefon suaminyer: Minggu ni bos ada keja lain pulak… So dia dah batalkan outstation tu…
Suami menelefon buah hatinyer: Alalala… Bini abang tak jadik outstation la… Alalala…
Buah hati menelefon murid tusyennyer: Minggu ni kelas tusyen cam biasa... Jangan nak malas-malas datang ye…
Anak murid menelefon atuknyer: Tok, cikgu tu memain la, tetiba je dia kata ada kelas cam biasa... Uwawa…
Atuk menelefon setiausahanyer: Erm… Saya rasa adalah penting kite outstation tu, ini melibatkan masa depan company kita…

p/s: Woah… Penat la nk taip. Lu pikir la sendiri…

:: Zain Bhikha - Give Thanks to Allah ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/28/2009 02:16:00 PTG

0

Kalau aku tak kongsi, aku dianggap berdosa. Maka aku buat jugakla entry ini untuk menyedapkan diri aku... Sejak kebelakangan ni, banyak spekulasi bahawa satu lagu bertajuk "Give Thanks To Allah" adalah nyanyian Michael Jackson. Lunak suaranya memang tak lari seakan-akan suara Michael Jackson. Tapi sebenarnya, lagu ini adalah milik Zain Bhikha seorang penyanyi nasyid dari Afrika Selatan. Janganlah kita terima bulat-bulat spekulasi yang tersebar bahawa Michael Jackson itu memang sudah memeluk agama Islam. Tapi seandainya Michael Jackson benar-benar telah memeluk Islam, aku dengan bangganya akan mengucapkan Alhamdulillah. Kita tak tau sejauh mana kebenarannya Raja Pop ini telah memeluk agama Islam. Hanya Allah sahaja yang tau apa rahsianya...

Oleh itu mari kita dengar lagu nasyid ini yang dikatakan lagu Michael Jackson tapi sebenarnya bukanlah lagunya...

Zain Bhikha - Give Thanks to Allah

:: Makan Aiskrim Free ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/27/2009 03:25:00 PTG

3

Hari Sabtu haritu, kitorang singgah-singgah kat Taman Tasik Titiwangsa. Kebetulan Mak Abah aku ada kat sini, datangnya pulak naik keretapi dari Ipoh terus menuju ke KL Sentral. Nak merasa naik keretapi agaknya. Sebenarnya kitorang takde idea pun adik beradik nak bawak Mak Abah jalan-jalan kat KL ni memandangkan aku pun dah naik bosan dengan bandaraya ni. Setelah keputusan secara spontan di ambil kira, kitorang melepak kat Taman Tasik Titiwangsa. Petang pulak tu mesti banyak aktiviti yang dilakukan oleh orang ramai. Ada yang main Kereta Control, Sepak Raga Bunuh, Main Kayak, Badminton, Bola Sepak dan pelbagai lagi aktiviti yang rata-rata mengeluarkan peluh. Selesai berpusing-pusing, kitorang pun cadang untuk pulang.

Sampai di hentian tempat letak kereta di mana aku ngan Along parking, kitorang nampak satu motor kling! kling! bunyinya. Ujarku ini mesti bunyi motor aiskrim. Abah cuba memberhentikan motor penjual aiskrim itu, nyata penjual aiskrim itu berhenti mungkin kerana takut pada Abah aku. Maklumla Abah aku ni bekas Polis. (Lupakan lawak ini, tak paedah langsung).

Berhentinya penjual aiskrim ini, Abah telah memilih untuk membeli aiskrim roti sahaja untuk menghilangkan lapar yang tak seberapa. Setelah mencedok pelbagai perasa aiskrim barang 2-3 set, maka kami pun makan dengan enaknya. Dari jauh kelihatan truck DBKL lalu lintas menyebabkan penjual aiskrim ini mengenakan helmet dan lari lintang pukang. Kami tak sempat lagi bayar yang mana aiskrim dah masuk ke anak tekak, dia dah cabut lari. Tunggula barang 5 minit, malah kelibat penjual aiskrim tiada kunjung tiba juga dari pelarian tadi. Kami memutuskan bahawa mungkin penjual aiskrim itu mahu melakukan amal jariah pada kehadiran Mak Abah aku kat KL ini agaknya.

p/s: Terima kasih kepada penjual aiskrim Taman Tasik Titiwangsa kerana belanja kami... :D

:: Sakit Pale ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 7/26/2009 10:40:00 PTG

4

Mulakan entry yang baru... Bulan lepas Michael Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009. Bulan ni Yasmin Ahmad pula meninggal pada 25 Julai 2009. Umur merekapun sedikit sama purata masing-masing lingkungan 50 tahun. Dua-dua jenama terunggul dalam sejarah penyiaran walaupun di lain-lain bidang. Bezanya Michael Jackson lebih dikenali di serata dunia manakalan Yasmin Ahmad dikenali di negara dia menetap iaitu di Malaysia. Yasmin Ahmad bukanlah seorang artis dikaca TV tetapi lebih dikenali sebagai pengarah dibelakang tabir. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kehilangan besarnya kepada penyiaran Malaysia yang seringkali dihidangkan pada iklan komersil Petronas selalu mencuit hati penonton.

Gambar dicedok dari ohartis.com

Kehilangannya mungkin tidak dipandang sepi oleh sesetengah orang. Kerana bakat besarnya membawakan iklan-iklan yang berjaya di mata masyarakat, mengenai bangsa, agama dan sebagainya. Pengarah berbakat ini merupakan seorang CEO kepada agensi pengiklanan Leo Burnett, seorang yang tegas dan kadang-kadang menjelikkan oleh pekerja-pekerja kepada agensi ini. Seorang yang perfect, dan apa yang arwah tak suka arwah akan tunjuk tak kira orang lain punyai perasaan atau tidak. Sering mencampak karya proposal yang dirasakan layak ke tong sampah, memaki hamun, dan sebagainya menjadi permainannya menjadikan arwah seorang pengarah yang disegani hasil dari idea anak-anak buahnya di agensi itu. Sememangnya bukanlah karya tersebut asli dari ideanya, tetapi sebagai seorang ketua kepada agensi semestinya arwah adalah seorang yang BETUL dalam semua aspek. Kalau tak ikut, "Miss Soru Woo".
Usahlah kita pertikaikan status Arwah Yasmin Ahmad walau pun dia dipanggil Allayarham Yasmin Ahmad bukannya Allayarhamah di TV3 dan media tempatan.
Lupakan mengenai sikap jeliknya itu dan bukanlah membuka pekung di mata masyarakat. Arwah sememangnya membawa Malaysia lebih berfikiran terbuka kepada karya filemnya seperti Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Mualaf, Talentime dan sebagainya yang selalunya kontroversi. (Aku tak sukapun filem dia). Pengarah ini lebih dekat di hati masyarakat Malaysia bila satu-satu hari perayaan hampir tiba seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Christmas, Hari Kemerdekaan dan perayaan lain yang membawa mesej besar kepada masyarakat melalui iklan-iklan TV Petronas. Kadang-kadang dialog yang digunakan pada iklan-iklan ditayangkan menjadi satu "Trademark" dan ikutan oleh penonton tak kira tua atau kanak-kanak.

Pemergiannya membawa kehilangan besar kepada industri penerbitan dan penyiaran di Malaysia melalui slot iklannya di televisyen setelah dia koma hampir 3 hari di Hospital Pakar Damansara akibat strok. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

Kembali ke alam nyata terhadap diri aku. Akibat cuaca yang sangat panas dan kurang lembab, aku diserang penyakit 'sakit kepala'. Sakitnya yang bukan kepalang membuatkan aku tak boleh tidur malam semalam. Kenapa ntah aku selalu sakit kepala kebelakangan ini. Aku rasakan macam aku tak boleh terima tekanan berlebihan agaknya memberikan faktor kepala aku tak tertanggung dengan tekanan tersebut. Adakah aku lapar? Adakah aku kurang rehat? Adakah rambut aku panjang? Membuatkan aku kadang-kadang tak lena tidur menahan sakit ini.

Sakit yang berterusan malam semalam aku tak boleh tidur, perut juga lapar. Maka aku mencari makanan yang boleh menampung kelaparan aku tetapi selera tiada. Aku cuba juga telan nasi berlaukkan sardin, namun kalau lapar tetapi tak selera tak jadi juga. Makanlah sedikit ujarku supaya rasa lapar aku terubat. Telan sedikit ubat penahan sakit kepala, dan cuba tidur namun tak jadi juga. Nasib baiklah semalam aku bersama keluarga kesayanganku kat rumah Along. Mak abah pun ada kat sini. Kalau aku seorang diri, ntah apala aku nak buat? Kerana tak boleh tidur, aku pasang TV di mana semua dah tidur aku melayaninya. Sedikit sebanyak dapat melegakan kesakitan kepala aku ini. Pukul 6 pagi baru boleh tidur.

Karutan aku ini di wujudkan kerana aku dah puas tidur pagi tadi, lepas kepala aku pulih seperti sediakala. Malam ini menjadikan aku seorang musang yang sedang mencari mangsa untuk dilakukan. (Pasang video ngan DVD la mangsa aku) Baru boleh tidur... Mengingatkan kebelakangan ini ramai betul menunjukkan soal mati yang boleh dijadikan contoh memperbaiki diri ini yang terlalu banyak melakukan dosa... Semoga aku diberi petunjuk yang baik untuk melakukan sesuatu yang jauh ketinggalan...

:: [SMKUK] Al-Fatihah ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/24/2009 02:23:00 PG

2

Satu berita mengejutkan telah diterima di mana aku telah menerima satu panggilan telefon yang tidak terjangka dari Anuar mengatakan, saudara kita yang sama sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Julai 2009. Saudara kita itu adalah 'Arwah Zuliyana Yasin' yang telah lama menderita penyakit 'barah otak'. Itu hanyalah beberapa ulasan dari kenalan rapat yang mengatakan Allahyarhamah memang telah lama menderita penyakit itu. (Kalau salah, sila betulkan). Berita mengejutkan ini sangat tidak terjangka bahawa dalam keseronokan aku menjamah durian bersama sahabat-sahabat JQZ di Wangsa Maju, aku telah dikhabarkan berita sedih ini oleh Anuar.

Sumber terkini

Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...

Semoga ini menjadi teladan kepada kita bahawa yang hidup akan pergi jua menghadap Ilahi...

1982-2009

(Gambar sekadar untuk mereka yang tidak mengenali)
Yang baik datang dari Allah, yang buruknya datang dari aku sendiri

:: Aku dan Facebook ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 7/23/2009 03:05:00 PG

4

Kembali semua kepada gelaran 'aku' pada entry terbaru. Seperti kelakar bunyinya bila aku membuat keputusan untuk menggunakan perkataan 'saya' pada entry-entry terbaru. Terasa terlalu sopan sungguh perilaku ini bila menggunakan perkataan 'saya' dalam setiap entry yang di wujudkan. Cuma sekali-sekala beralih arah untuk merasakan siapa sebenarnya aku dalam penggunaan 'saya'. Seperti itu bukan diriku yang sebenar seolah-olah aku cuma melakonkan watak seperti orang lain. Terfikir sekali-sekala, biarlah aku menjadi orang yang benar-benar berada ditempat yang benar. Perkataan 'saya' jauh sekali bukan karektor sebenar diri aku bila menulis sebagai penulis blog ini. Izin kan aku mulakan semula penggunaan 'aku' dalam setiap entry-entry yang seterusnya. Maaf sekali lagi...

Sejak kebelakangan ini, aku semakin gemar melayari laman sosial facebook. Entah kenapa aku menggemarinya. Dulu aku cumalah orang yang terpinga-pinga apakah itu facebook? Tempat apakah itu, dan sedikit keliru bila aku cuma mewujudkan akaun facebook di laman web itu. Rupa-rupanya, facebook ini telah dibangunkan untuk memperolehi laman sosial terkini yang lebih canggih dan jauh ke depan berbanding dengan laman frienster dan juga myspace yang ketinggalan zaman. Dah lama aku tak melayari laman friendster dan juga myspace. Mengikut tafsiran aku, friendster yang satu ketika telah dimasuki virus sehinggakan aku kehilangan besar senarai rakan-rakan, membuatkan aku mulai menjauhi laman sosial itu. Manakala, myspace pula aku telah terminate akaunnya kerana dimasuki banyak spam lucah sehinggakan kenalan-kenalan aku telah memandang serong bahawa aku seorang yang 'gila sex' (buletin). Wah!!! Sebelum terjadinya lebih banyak fitnah, baik aku terminate akuan myspace itu kerana spam-spam di laman sosial itu telah merosakkan reputasi aku yang sedikit sebanyak telah mencalarkan kebaikan yang aku pertahankan sebelum ini. Pergi jahanam sama itu friendster dan myspace!!!

Memandangkan facebook telah mulai menguasai tempat di hati masyarakat, tidak terkecuali juga aku untuk mulai menggemari laman sosial ini. Di tempat ini, aku mulai jumpa kembali kawan-kawan lama yang rasanya di sekolah, institut pengajian tinggi, malahan kawan-kawan sekeliling yang mengenali aku. Sungguh teruja aku dengan menghayati laman sosial ini. Bukan sahaja laman sosial ini boleh berhubung melalui chat, personal message dan sebagainya. Malahan, laman ini dapat merapatkan kembali hubungan serta bergurau senda melalui komen-komen dengan hanya menulis status yang ntah apa-apa ntah. (Tanya Sariah dan Aiza, dia mesti tau kenapa aku suka merepek kat situ). Oleh yang demikian, di situlah aku dapat terus berhubung malah umpama forum percuma yang dapat lebih diterima pakai oleh setiap orang yang mengenali facebook.

Malam tadi, aku lepak dengan Shazli (Yop), kawan lama aku kat Politeknik. Seronok benar berborak dengan dia hingga memasuki pukul 1.30 pagi kat warung mamak "Mahbub Damansara Damai". Rancak sungguh umpama tiada esok lagi untuk aku hingga terlupa bahawa esok aku dan dia kena pergi kerja. Biasalah, lama tak jumpa. Banyak benda nak diceritakan. Menceritakan kembali detik perkenalan yang lama terpisah hanya di facebook sehingga berjaya membuatkan aku kembali lepak dengan dia seperti dulu-dulu. Best siot!!! Melaui gambar kenangan yang di muat turun pada laman sosial itu, bergelak ketawa dan aku bersetuju untuk mencari kembali gambar-gambar kenangan kami untuk dimasukkan ke dalam page facebook masing-masing.

Maka, aku berjaya mendapatkan sedikit sebanyak gambar-gambar dalam simpanan aku itu untuk dimasukkan ke laman sosial itu. Untuk melihat, sila tunggu sedikit masa lagi untuk aku 'scan' dan 'upload' ke ruang itu. Kenangan tak akan dapat dibeli dengan nilai ringgit, kerana masa tak dapat diundur kembali. Biar berliku mana pun zaman lalu, perjalanan dulu tak akan dapat diputar kembali. Itulah nyata dalam kehidupan manusia...

:: Beat It / Kau Bidin ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/22/2009 02:58:00 PTG

6

Versi Asal Micheal Jackson
Beat It

Versi Malaysia pulak... Tini suka la ni....
Kau Bidin

:: Darjah Lima SKPPH ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 7/21/2009 07:52:00 PTG

0

Antara yang saya dapat ingat pada zaman persekolah di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan. Rasanya saya ingat masa ni darjah lima agaknya. Antaranya ialah:
  1. Khairul Azhari
  2. Norizalman
  3. Saya la
  4. Talhawazir
  5. Megat Faisol
  6. Izwan Ibrahim
  7. Mohd Syukri
  8. Muzaffar
  9. Bakhtiar
  10. Shahidan
  11. Wan Morli Rosnuzamzuri
  12. Mohd Faizul
  13. Shahrizan
  14. (Arwah) Mohd Faiz
  15. Khairil Anuar
  16. Maizatul Damishanim
  17. Azleatun
  18. Azimah
  19. Nur Azean
  20. Fadliyanti
  21. Mazni
  22. Zaharatul Aini
  23. Nur Suria
  24. Khairul Azhar
  25. Mohd Idris
  26. Cikgu Tajol
  27. Cikgu Azizah
  28. Nurhalizawati
  29. Zarina

:: Karangan oh Karangan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/21/2009 07:36:00 PTG

3

:: Gambar Kereta Ieca Eksiden ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/21/2009 01:55:00 PTG

0

:: Kelopak Mata Ada Tongkat ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/20/2009 03:20:00 PG

0

Adu... Rasa hampeh sikit malam ni. Mata segar bugar pulak. Nak tidur balik tak boleh. Napa ek? Jam sekarang menunjukkan pukul 3:22 pagi. Adakah saya takut pada tidur saya kerana mimpi kelmarin? Ah! Tidak mungkin. Kejadian lepas telah saya lupakan dah ada misi terbaru perlu saya selesaikan di hari ini. Terasa tertekan pulak bila mata ni tak dapat lelap. Bukak video -> tutup. Main games tak lepas-lepas -> tutup. Bukak komputer -> baca paper online, baca blog memember yang update, buat entry ni.

Berbalik kenapa saya dah takleh tidur. Tak kisah pun saya tak tidur masa ni, tapi jangan esok menguap kat ofis sudah. Tadi saya tengah sedap-sedap tidur, saya dapat sms ni.
"Ieca eksiden dlm pjalanan balik umah mlm td..doakan dia n bg support kat dia..tq"
Baru tadi saya lepak-lepak dengan dia makan kat kedai. Ada benda nak settle katanya pasal tu jumpa saya. Rasanya baru sahaja pukul 11 malam tadi dia balik rumah, dalam perjalanan pulang dia kemalangan pulak. Sedih mendengarnya, dan kebarangkalian kata tukang roger, dia langgar pokok kerana terlelap sekejap masa pulang ke rumah. Keretanya rosak sampai tangki pecah. Tangki apa tak pula diketahui. Memang bahaya memandu dalam keadaan mengantuk kerana otak kita berhenti berfikir dalam keadaan sedar. Kita tak akan dapat memandu kerana otak kita terus block bila kita terlelap sekejap walaupun 1 saat. Untuk kawan-kawan saya yang di kasihi, perhatikan diri anda sendiri sama ada anda sesuai memandu atau tidak sesuai kerana dalam masa 1 saat sahaja anda tertidur, bencananya amatla dikesali. Beringatlah.

Kembali kepada kenapa saya tak tidur lagi masa ni. Jam dah pula menunjukkan pukul 3.50 pagi. Mengarang benda ni pun bukan terus boleh direct keluar idea. Mau juga saya berhenti-henti minum air, makan kudap-kudap dan sebagainya. Sangat membuang masa, tapi mata tetap tak dapat lelap jugak. Ini kerana kelmarin saya sibuk benar ke Stadium Nasional Bukit Jalil menonton secara live perlawanan Malaysia vs Man United. Pulang pula agak lewat ke rumah. Sampai di rumah, saya terus tidur hingga ke petang semalam dalam pukul 12.30 tengahari baru terjaga. Sambung pula tidur petang tadi, memang gila tidur saya semalam. Padan muka sekarang saya tak boleh tidur. Oklah, babai, nak cuba pejam walaupun mata ni macam ada tongkat je... Selamat bermimpi...

:: Tadika 1988 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 7/19/2009 03:59:00 PG

7

Nak imbas kembali zaman saya masa sekolah tadika kat Blok 'O' Pasukan Polis Hutan (Sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am). Disini saya dapat ingat beberapa nama yang masih segar lagi dalam ingatan. Antaranya ialah:
  1. Epol (sumbing)
  2. Shahrizan
  3. Mohd Idham
  4. Amrul Affendi
  5. Wan Morli Rosnuzamzuri
  6. Shahril Anwar
  7. Saya lew
  8. Amira
  9. Jita Nurashikin
  10. Suhana
  11. Azizam
  12. Hasbullah
  13. Bah Mario
  14. Khairul Azahar
  15. Shahril Amir
  16. Tan Leng Nee
  17. Sumarlina Suhaimi
  18. Zailelawani
  19. Muzliawati
Yang lain tu tak berapa ingat. Yang saya tulis nama tu pun ntah betul ntah idak. Hehe... Kelakar muka sorang-sorang yang dulunya hingusan je. Sekarang dah macho dan ayu. Yang dah berduyun anak pun ada...

:: Sekitar Hari Perlawanan Malaysia vs MU ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 7/19/2009 12:16:00 PG

2

Tepat sahaja pukul 5.30 petang, sepak mula antara Malaysia menentang Manchester United dalam perlawanan persahabatan bermula. Malaysia tampak menunjukkan garang apabila memberikan saingan kepada pasukan lawan dengan jaringan 2 berbalas 2. Namun, persaingan tetap rancak dan akhirnya memihak kepada pasukan Manchester united apabila memintas Malaysia dengan jaringan 3-2. Satu pengalaman menakjubkan yang nyata boleh memperbaiki lagi permainan untuk perlawanan seterusnya pada hari Isnin ini apabila Alex Ferguson bersetuju melakukan perlawanan kedua kerana Asia Tour ke Jakarta terpaksa dibatalkan disebabkan tragedi bom tempat mereka akan menginap di sana.

Malaysia XI (2)
Amri Yahyah (45', 54') 
Manchester United (3)
Rooney (9'), Nani (27'), Owen (85')
KUALA LUMPUR 18 Julai - Berita baik buat peminat fanatik Manchester United apabila juara Liga Perdana England itu bersetuju untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Malaysia, Isnin ini.

Perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam itu diatur penganjur, Pro Event bagi menggantikan perlawanan menentang Indonesia di Jakarta yang terpaksa dibatalkan kerana insiden letupan bom yang berlaku di negara itu.

Tiket-tiket bagi perlawanan persahabatan kedua United-Malaysia ini boleh dibeli di kedai-kedai rangkaian barangan sukan Nike dan Al-Ikhsan atau melalui internet (www.ticketpro.com) pada harga RM58 dan RM308.

:: [MestiTonton] 2012

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/18/2009 12:15:00 PTG

0

:: 5 itu ialah Lima ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/18/2009 02:24:00 PG

2

Memandangkan ada orang menuju-nujukan apakah nombor kegemaran saya, maka saya pun akan membuat kenyataan balas terhadap tag yang dia suruh buat. Berkenaan nombor kegemaran (nasib baik bukan makanan kegemaran dan minuman kegemaran). Jadinya, saya takde terlalu taksub pada nombor sebenarnya. Melainkan apabila ada nombor 4 digit iaitu '5282'. Sudah saya nyatakan banyak kali kenapa mesti '5282' menjadi pilihan. Biarlah soalan itu dijawab menerusi entry yang telah sedia ada. Carilah jawapannya.

Saya tak ada nombor istimewa yang menggunakan 1 digit, tetapi kerap kali bersangkutan dengan 1 digit ini iaitu nombor 5. Kenapa mesti nombor 5? Lihat penyata kewangan dibawah:
  1. 5 merupakan tarikh lahir saya pada bulan Februari 1982.
  2. Penggunaan angka pada nombor 15 iaitu nombor rumah saya di Ipoh.
  3. Merupakan Taman di mana saya tinggal di Taman Jaya Delima, Tanjung Rambutan.
  4. Terdapat pada angka kad pengenalan saya *****5-**-5*** (perluke).
  5. Ada lima jari pada tangan kanan dan kiri serta kaki kiri dan kanan.
  6. Selalunya saya menang tempat ke 5 bila ada sesuatu pertandingan memerlukan lima peserta bersaing.
  7. Tengah kumpul duit syiling 50 sen. Juga mengumpul duit kertas lama RM5 (dah banyak dah).
  8. Sentiasa menunggu pukul 5 pada hari bekerja.
  9. Menggenapkan pengiraan dengan angka 5 atau O supaya mudah diingat.
  10. Mengekalkan 5 ringgit untuk tidak dianggap terlalu sengkek sangat bila wallet dah tahap cipan.

Rasanya tu aje yang dapat diulas berkenaan nombor 5. Jom kita layan lagu
The Jackson 5 - ABC


:: Training Session (MU) ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 7/18/2009 12:30:00 PG

0

Gambar menggunakan Kamera D70, Lense 70-300mm paling maksimum. Namun, inilah gambar yang dapat diaplikasikan. Ingatkan bolehla zoom lebih dekat. Namun kecewa juga akhirnya, dan cuma itu sahaja yang dapat di paparkan. Gambar terlalu banyak, tapi saya rasa ini sahaja gambar yang dapat dipaparkan. Player Manchester United hanya turun berlatih  lebih kurang satu jam bermula pada pukul 5.45 petang...

Pemain-pemain negara mengambil peluang untuk berlatih di hadapan kira-kira 40,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pemain-pemain Manchester United pula mengambil peluang mencuba kuis-kuis rumput kat Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

:: Mimpi Mainan Tidur ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/17/2009 10:21:00 PG

0

Mimpi adalah mainan tidur yang nyata menyesatkan umat manusia. Tidak terkecuali pada saya yang mengalaminya malam tadi. Sungguh menakutkan sehinggakan apabila terjaga dalam keadaan berpeluh, mengucap panjang setelah berjaga. Bukanlah bermaksud saya takutkan hal-hal ghaib ni, tapi nyata perkara-perkara ini tidak mustahil terjadi pada mereka yang lemah semangat untuk berasa takut.

Kejadian mimpi malam tadi membuka satu pengalaman baru pada saya untuk jangan memikirkan sesuatu yang kurang elok sebelum tidur. Kejadian berlaku di mana saya sedang menutup lampu sebelum tidur dan saya terperasan sesuatu yang aneh pada ampaian pakaian putih saya yang menyerupai bungkusan 'mayat' pada tuala saya. Dengan rasa pelik dan seakan tidak selesa pada pandangan tersebut, maka saya mengalihkan kedudukan tuala itu ke tempat lain. Selang beberapa minit saya terlelap.

Suasana malam seakan terus berjalan di dalam mimpi. Permainan tidur yang sangat menakutkan terus berlaku. Maka berlaku dan menjelmalah adegan-adegan apa yang saya fikirkan sebelum tidur tadi. Tak dapatlah saya ceritakan butir-butir cerita dalam mimpi itu kerana jalan ceritanya saya dah tak berapa ingat dan kabur. Ianya berkisarkan tentang mayat yang telah mereput dan bagaimana saya perlu menghadapinya kerana bayangan itu sentiasa mengikuti saya. Dan mayat itu bangun dan seakan akan mahu menyerang saya. Astagfirullahal adzim... Kemudian, saya terus terjaga dari tidur. Dalam keadaan berdebar-debar dan badan berpeluh, terus saya mengucap. Lihat jam hampir memasuki pukul 5.30 pagi. Dalam samar-samar malam, saya menyalakan lampu meja, dan terus termenung sehinggalah masuk Subuh. Bayangan dalam mimpi itu terus menjelma dalam ingatan dan lama-kelamaan saya cuba mengkaji jalan cerita itu dari mula, tetapi lupa kenapa saya bersama dengan mayat itu.

Pengajaran dalam mimpi ini, sebelum tidur eloklah membaca sedikit ayat-ayat Al-Quran dan sebelum tidur juga janganlah membayangkan sesuatu yang boleh dibawa-bawa ke dalam mimpi. Mujurlah ia hanya mimpi, kalau tidak? Arghhhhh!!!!!

p/s: Ramai orang kata Cerita Harry Potter sangat seronok. Tetapi kenapa saya tengok semalam cerita ini sangat lembab dan membosankan? Maka saya tidur saja di dalam panggung dalam keadaan mematungkan diri... Kelebihan pada orang yang tidak berdengkur.

:: Avatar Baby ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 7/14/2009 03:36:00 PTG

2

Saya sangat sukakan kanak-kanak. Bukan kerana Michael Jackson pun suka kanak-kanak, saya pun suka kanak-kanak jugak. Tapi memang saya suka kanak-kanak yang comel. Tidak bermakna saya suka kanak-kanak yang suka menangis, memang pantang saya. Kalau menangis, biasa-biasa takpe. Ini menangis yang buat-buat mintak sesuatu. Nilai minat saya akan berubah dengan sekelip mata bila merengek mengada-ngada.

Memang saya suka kanak-kanak. Semasa saya menziarah rumah sedara-mara saya, orang yang saya suka ganggu ialah kanak-kanak. Ntah kenapa macam gatal tangan saya untuk mengganggu mereka. Dan mereka juga mudah mesra bila menjadi usikan saya. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sangat mengenali saya. Tidak terlepas pandang, kanak-kanak yang masih dalam dukungan. Kalau ada peluang, mahu sahaja saya mendukung kanak-kanak itu. Memandangkan kulitnya yang tulus lagi mulus, mahu sahaja saya memicit sekuat hati sambil mengetap gigi. Huhu... Sangat bertambah geram apabila dia baru mandi... Wangi gitu...

Kebelakangan ini, YM saya juga melalui transformasi pada avatar kawan-kawan saya. Mereka yang sudah berkahwin dan baru menimang cahaya mata, sudah tentu akan mempamerkan avatar mereka tanda itulah kebanggaan mereka melalui proses perkahwinan. Saya bukanlah cemburu tak bertempat, tapi memang tak terlepas akan memandang avatar mereka itu dengan perasaan berkobar-kobar. Adakah itu menandakan mereka mahu men'jeles'kan saya bila mereka sudah mempunyai anak? Tak jeles, itulah tanda mereka sudah menjadi ibu dan bapa. Dalam hati saya, bila lagi saya? Tak sabar rasanya ada cahaya mata sendiri. (Cet!!! Kawin pun belum nak anak, Pegedah!!!)


Gambar diatas merupakan koleksi avatar kawan-kawan saya yang konon nak jeleskan saya. Itu adalah sebahagian yang nampak. Member yang tak online pun ada juga meletakkan avatar bersama anak kesayangan mereka. Aik? Kenapa gambar paling kanan tuh? Baby pinjam je ye, tanda nak mengaburi mata... Hakikatnya saya belum masanya lagi ye?

Adakah memang sudah jadi trend sekarang, bila dapat anak mesti nak tayang baby mereka? Haha... Mungkin saya juga bertindak begitu satu hari nanti... Bila penat pulang kerja, mesti rasa tenang je tengok keletah anak-anak kecil kan? Huhu... itulah saya, memang pantang dapat pegang baby...

Jom layan lagu Michael Jackson
Heal the World