:: Kelopak Mata Ada Tongkat ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 7/20/2009 03:20:00 PG
0
Adu... Rasa hampeh sikit malam ni. Mata segar bugar pulak. Nak tidur balik tak boleh. Napa ek? Jam sekarang menunjukkan pukul 3:22 pagi. Adakah saya takut pada tidur saya kerana mimpi kelmarin? Ah! Tidak mungkin. Kejadian lepas telah saya lupakan dah ada misi terbaru perlu saya selesaikan di hari ini. Terasa tertekan pulak bila mata ni tak dapat lelap. Bukak video -> tutup. Main games tak lepas-lepas -> tutup. Bukak komputer -> baca paper online, baca blog memember yang update, buat entry ni.
Berbalik kenapa saya dah takleh tidur. Tak kisah pun saya tak tidur masa ni, tapi jangan esok menguap kat ofis sudah. Tadi saya tengah sedap-sedap tidur, saya dapat sms ni.
Kembali kepada kenapa saya tak tidur lagi masa ni. Jam dah pula menunjukkan pukul 3.50 pagi. Mengarang benda ni pun bukan terus boleh direct keluar idea. Mau juga saya berhenti-henti minum air, makan kudap-kudap dan sebagainya. Sangat membuang masa, tapi mata tetap tak dapat lelap jugak. Ini kerana kelmarin saya sibuk benar ke Stadium Nasional Bukit Jalil menonton secara live perlawanan Malaysia vs Man United. Pulang pula agak lewat ke rumah. Sampai di rumah, saya terus tidur hingga ke petang semalam dalam pukul 12.30 tengahari baru terjaga. Sambung pula tidur petang tadi, memang gila tidur saya semalam. Padan muka sekarang saya tak boleh tidur. Oklah, babai, nak cuba pejam walaupun mata ni macam ada tongkat je... Selamat bermimpi...
Berbalik kenapa saya dah takleh tidur. Tak kisah pun saya tak tidur masa ni, tapi jangan esok menguap kat ofis sudah. Tadi saya tengah sedap-sedap tidur, saya dapat sms ni.
"Ieca eksiden dlm pjalanan balik umah mlm td..doakan dia n bg support kat dia..tq"Baru tadi saya lepak-lepak dengan dia makan kat kedai. Ada benda nak settle katanya pasal tu jumpa saya. Rasanya baru sahaja pukul 11 malam tadi dia balik rumah, dalam perjalanan pulang dia kemalangan pulak. Sedih mendengarnya, dan kebarangkalian kata tukang roger, dia langgar pokok kerana terlelap sekejap masa pulang ke rumah. Keretanya rosak sampai tangki pecah. Tangki apa tak pula diketahui. Memang bahaya memandu dalam keadaan mengantuk kerana otak kita berhenti berfikir dalam keadaan sedar. Kita tak akan dapat memandu kerana otak kita terus block bila kita terlelap sekejap walaupun 1 saat. Untuk kawan-kawan saya yang di kasihi, perhatikan diri anda sendiri sama ada anda sesuai memandu atau tidak sesuai kerana dalam masa 1 saat sahaja anda tertidur, bencananya amatla dikesali. Beringatlah.
Kembali kepada kenapa saya tak tidur lagi masa ni. Jam dah pula menunjukkan pukul 3.50 pagi. Mengarang benda ni pun bukan terus boleh direct keluar idea. Mau juga saya berhenti-henti minum air, makan kudap-kudap dan sebagainya. Sangat membuang masa, tapi mata tetap tak dapat lelap jugak. Ini kerana kelmarin saya sibuk benar ke Stadium Nasional Bukit Jalil menonton secara live perlawanan Malaysia vs Man United. Pulang pula agak lewat ke rumah. Sampai di rumah, saya terus tidur hingga ke petang semalam dalam pukul 12.30 tengahari baru terjaga. Sambung pula tidur petang tadi, memang gila tidur saya semalam. Padan muka sekarang saya tak boleh tidur. Oklah, babai, nak cuba pejam walaupun mata ni macam ada tongkat je... Selamat bermimpi...
Comments (0)
Catat Ulasan