:: Kisah Rompakan Keluar Di TV3 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/02/2009 09:21:00 PTG

0

Lewat tengahari tadi, aku dapat berita yang begitu memeranjatkan di mana kawan kenalan aku Apis dan Yanti telah dirompak kat Sunway Mentari. Aku dapat berita ni pun dari Kak Chik yang katanya mereka dirompak pada hari Isnin malam Selasa. Modus operandinya adalah merompak kereta. Nasib mereka kurang baik pada malam itu kerana selalu mereka datang kat kat situ takde apa masalah. Malam tersebut juga adalah malang bagi mereka apabila rompakan yang tidak berjaya (tak tahu betul tak mereka kehilangan kereta) mendatangkan fobia bagi yang hadir di sana. Sudahlah mereka dirompak, peragut juga telah mengelar belakang badan mangsa sehingga aku dikhabarkan mangsa segera dihantar ke hospital PPUM.

Aku dikhabarkan untuk join melawat mangsa, tetapi malangnya aku tak dapat keluar ke mana-mana malam ini kerana mungkin aku tak dapat tidur malam ni kena siapkan kerja. Dalam tempoh beristirehat kat rumah sambil menonton berita TV3. Lewat di akhir berita, adalah di kisahkan rompakan telah menjadi berita hangat di mana rompakan tersebut telah dirakam oleh krew TV3. Ngeri juga aku melihatkan keadaan di tempat kejadian tersebut di berita TV3. Berdarah-darah bagai. Mangsa tersebut di mana Apis dan Yanti juga berada ditempat kejadian sebagai mangsa. Tak sangka aku, mangsa tersebut rupanya kenalan aku sendiri. Semoga mereka dapat meneruskan kehidupan harian dan dapat melupakan trauma tersebut. Nanti kalau ada masa, aku datang melawat. Bersabarlah, sememangnya itu mendatangkan hikmah yang lebih baik supaya kita lebih berhati-hati...

Comments (0)