:: Aku dan Facebook ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Favourite , Kenangan , Luahan | Posted on 7/23/2009 03:05:00 PG
4
Kembali semua kepada gelaran 'aku' pada entry terbaru. Seperti kelakar bunyinya bila aku membuat keputusan untuk menggunakan perkataan 'saya' pada entry-entry terbaru. Terasa terlalu sopan sungguh perilaku ini bila menggunakan perkataan 'saya' dalam setiap entry yang di wujudkan. Cuma sekali-sekala beralih arah untuk merasakan siapa sebenarnya aku dalam penggunaan 'saya'. Seperti itu bukan diriku yang sebenar seolah-olah aku cuma melakonkan watak seperti orang lain. Terfikir sekali-sekala, biarlah aku menjadi orang yang benar-benar berada ditempat yang benar. Perkataan 'saya' jauh sekali bukan karektor sebenar diri aku bila menulis sebagai penulis blog ini. Izin kan aku mulakan semula penggunaan 'aku' dalam setiap entry-entry yang seterusnya. Maaf sekali lagi...
Sejak kebelakangan ini, aku semakin gemar melayari laman sosial facebook. Entah kenapa aku menggemarinya. Dulu aku cumalah orang yang terpinga-pinga apakah itu facebook? Tempat apakah itu, dan sedikit keliru bila aku cuma mewujudkan akaun facebook di laman web itu. Rupa-rupanya, facebook ini telah dibangunkan untuk memperolehi laman sosial terkini yang lebih canggih dan jauh ke depan berbanding dengan laman frienster dan juga myspace yang ketinggalan zaman. Dah lama aku tak melayari laman friendster dan juga myspace. Mengikut tafsiran aku, friendster yang satu ketika telah dimasuki virus sehinggakan aku kehilangan besar senarai rakan-rakan, membuatkan aku mulai menjauhi laman sosial itu. Manakala, myspace pula aku telah terminate akaunnya kerana dimasuki banyak spam lucah sehinggakan kenalan-kenalan aku telah memandang serong bahawa aku seorang yang 'gila sex' (buletin). Wah!!! Sebelum terjadinya lebih banyak fitnah, baik aku terminate akuan myspace itu kerana spam-spam di laman sosial itu telah merosakkan reputasi aku yang sedikit sebanyak telah mencalarkan kebaikan yang aku pertahankan sebelum ini. Pergi jahanam sama itu friendster dan myspace!!!
Memandangkan facebook telah mulai menguasai tempat di hati masyarakat, tidak terkecuali juga aku untuk mulai menggemari laman sosial ini. Di tempat ini, aku mulai jumpa kembali kawan-kawan lama yang rasanya di sekolah, institut pengajian tinggi, malahan kawan-kawan sekeliling yang mengenali aku. Sungguh teruja aku dengan menghayati laman sosial ini. Bukan sahaja laman sosial ini boleh berhubung melalui chat, personal message dan sebagainya. Malahan, laman ini dapat merapatkan kembali hubungan serta bergurau senda melalui komen-komen dengan hanya menulis status yang ntah apa-apa ntah. (Tanya Sariah dan Aiza, dia mesti tau kenapa aku suka merepek kat situ). Oleh yang demikian, di situlah aku dapat terus berhubung malah umpama forum percuma yang dapat lebih diterima pakai oleh setiap orang yang mengenali facebook.
Malam tadi, aku lepak dengan Shazli (Yop), kawan lama aku kat Politeknik. Seronok benar berborak dengan dia hingga memasuki pukul 1.30 pagi kat warung mamak "Mahbub Damansara Damai". Rancak sungguh umpama tiada esok lagi untuk aku hingga terlupa bahawa esok aku dan dia kena pergi kerja. Biasalah, lama tak jumpa. Banyak benda nak diceritakan. Menceritakan kembali detik perkenalan yang lama terpisah hanya di facebook sehingga berjaya membuatkan aku kembali lepak dengan dia seperti dulu-dulu. Best siot!!! Melaui gambar kenangan yang di muat turun pada laman sosial itu, bergelak ketawa dan aku bersetuju untuk mencari kembali gambar-gambar kenangan kami untuk dimasukkan ke dalam page facebook masing-masing.
Maka, aku berjaya mendapatkan sedikit sebanyak gambar-gambar dalam simpanan aku itu untuk dimasukkan ke laman sosial itu. Untuk melihat, sila tunggu sedikit masa lagi untuk aku 'scan' dan 'upload' ke ruang itu. Kenangan tak akan dapat dibeli dengan nilai ringgit, kerana masa tak dapat diundur kembali. Biar berliku mana pun zaman lalu, perjalanan dulu tak akan dapat diputar kembali. Itulah nyata dalam kehidupan manusia...
fesbuk terbaekk punye!
Dulu yekye kau tamau lepak sana..Skrg baru kau rasainn..
Ye... Sekarang baru aku rasain sebab makin ramai yang join kat FB ni...
saya suja fb pasal ada main game. ada game boleh curik sayur dari kebun org lain
Suka jugak main games, tapi bukan games curik kebun sayur org lain...