:: Lagi-lagi Gambar (Pengawas 1995) ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Kenangan | Posted on 7/31/2009 01:41:00 PG
0
Anggap sahaja entry ini sekadar cerita si penulis. Sesekali, sedikit kenangan perlu disiarkan kat blog ini apa salahnya kan? Untuk tatapan cucu-cucu atuk nanti. Kot-kot la blog ni wujud lagi bila tiba zaman korang membesar. Bolehla tau apala atuk buat zaman dia muda-muda dulu. Blog ni takde wasiat ye cucu-cucu atuk? Nak tau wasiat, tanya kat mak bapak korang apa yang dia tinggalkan kat korang nanti. Hehe... Ntah-ntah zaman cucu-cucu atuk nanti lagi canggih kot? Blog ini dah jadi macam ketinggalan zaman agaknya. Manala tau kan zaman korang nanti ada cara penulisan lagi mudah. Blog ni dianggap picisan je dan mungkin dianggap sebelah mata je macam Microsoft Paint kalau nak dibandingkan dengan Adobe Photoshop. Huhu...
Cucu-cucu atuk yang dikasihi,
Atuk nak cerita masa ni nilai seringgit semurah beli kuih 3 jenis. Zaman korang nanti agaknya seringgit dapat seketul kuih masalodeh je kot? (Terikut-ikut entry Satu Ringgit plak). Atuk pun masa ni pakai kereta atas darat je, kot-kot la masa korang nanti kereta tak jejak tanah dah. Telefon pun sedang-sedang je besarnya manala tau zaman korang nanti telefon sangkut kat lubang telinga je. Paling canggih pun masa atuk tulis blog ni pakai modem broadband celcom yang yang boleh di bawa ke mana-mana saje. Tu pun tengok coverage. Kalau hampeh, memang sakit hati betul atuk ni. Ntah-ntah nanti zaman korang, internet ni macam keperluan yang tak payah bayar. Cume Wi-fi je di mana-mana. Dalam hutan banat pun boleh access internet.
Atuk tak kawin lagi masa ni pasal tu atuk boleh tulis sampai tengah malam. Ni pun atuk belum tidur lagi. Tengok jam dah pukul 2 pagi. Nanti atuk dah kawin, tak bolehla atuk tidur lambat lagi, nanti nenek marah. Esok nak kerja katanya. Hahaha... Udah-udahla tu ngarut atuknya.
Dulu masa atuk sekolah, atuk ni pengawas. Atuk jadi pengawas ni pun, Cikgu Tazally yang lantik. Atuk tak de mintak jadi pengawas ni ha. Ntah dari segi mana dia nampak atuk ni best pun tak tau. Pengawas-pengawas lain semua kena isi borang nak jadi pengawas. Atuk jadi pengawas masa tingkatan 3 sampai tingkatan 5. Percaya tak atuk ni tak penah kena interview? Tup-tup atuk terus dilantik jadi pengawas. Memang atuk dilahirkan dengan jiwa pengawasla katakan. Hehe...
Atuk taknak cerita panjang-panjang. Korang pun bukan suka atuk membebel. Kalau tak caye atuk penah jadi pengawas, korang tengok gambar kat bawah tu. Carila mana satu atuk. Kalau korang jumpa, maknanya korang memang cucu-cucu atuk yang cerdik lagi pintar. Lepas korang tengok, mesti korang cakap atuk ni slim masa muda-muda dulu (ntahnya aku leh gemuk nanti?). Korang layanla dulu, atuk nak pergi beradu dah. Korang pun jangan asyik nak berpoya-poya je. Ingat solat selalu. Chow....
p/s: Harap cucu-cucu atuk nanti jadi anak dan cucu yang soleh...

Comments (0)
Catat Ulasan