:: Satu Ringgit ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan , Nombor , Rekreasi | Posted on 7/30/2009 12:55:00 PG
2
Singgit, seringgit dan satu ringgit adalah satu perkataan yang sama maknanya. Nilai satu ringgit, apa yang kita dapat sekarang? Nilai satu ringgit, ke mana hala tujunya? Satu ringgit nak beli nasi lemak pun tak dapat. Zaman berubah mengikut nilai semasa. Satu ringgit layak dimasukkan ke dalam tabung masjid sahaja. Itupun terkebil-kebil nak masukkan dalam tabung masjid pada hari sembahyang Jumaat. Sudah jauh sekali nilainya susut tidak seperti zaman aku sekolah dulu.
Gambar sekadar hiasan (tiada trademark 'specimen' sebab tidak laku lagi) Dulu aku sekolah Mak membekalkan aku 40 sen je sehari. Kalau Mak bagi seringgit, itupun dapat masa awal bulan je setelah membodek Mak. Dengan nilai seringgit dulu, sangat mewah rasanya kalau aku masukkan ke dalam poket. Macam boleh belanja 3 orang nasi lemak 30 sen siap ada baki sekupang lagi. Dulu cukup mewah bila dapat seringgit yang masa tu duit bulat tembaga (Ada dalam simpanan dalam 7 keping lagi).
Dulu punya susah nak bodek Mak untuk dapat duit seringgit ni. Selalu merajuk bila Mak tak bagi duit, tapi Mak pujuk aku dia akan bagi duit belanja seringgit sekali je sebulan di awal bulan. Kami adik-beradik bukannya mewah berbelanja masa dulu. Cukupla sekadar berbekalkan 40 sen tu dari sekolah pagi hingga ke sekolah agama petangnya. Sampaila satu masa tu Mak naikkan elaun aku 40 sen ke 50 sen. Itupun dah cukup bersyukur sangat. Dikira-kira semula kenapa dulu cukup makan? Dulu seringgit kat sekolah, beli kuih masalodeh dapat sepuluh ketul, kopok lekor doploh keping. Siap belanja kawan-kawan lagi.
Zaman berubah, nilai matawang pada pasaran turut berubah. Apa ada pada satu ringgit? Rasanya seringgit tak membawa apa-apa makna pun pada zaman ini. Ianya layak ditaburkan pada si pengemis jalanan takpun pada pejalan-pejalan meminta simpati si buta diapit seorang yang normal tingkahlakunya. "Seringgit sudahla, itupun bagi dah cukup bagus". Nilai seringgit tak membawa apa-apa makna dah sekarang.
Bukan memperlekehkan nilai satu ringgit, cuma kalau selai memang takde gunanya sangat. Tapi kalau dah jadi banyak camni, mau juling mata dibuatnya...
p/s: Simpanan untuk edar kat budak-budak pada Hari Raya. Budak-budak tak reti kira, elokla bagi Singgit sorang je...

Aku: Bang isi minyak motor singgitDialog kat atas dah menunjukkan nilai seringgit memang tak berguna zaman ini. Bukanlah mengada-adakan cerita, tetapi itulah hakikatnya betapa fungsi seringgit tidak bermakna lagi. Seringgit cuma boleh membeli kuih 3 macam, air kosong, ngan gula-gula je. Jangankan kata nak makan mewah, nasi kosong pun dah berharga seringgit. Makan takde lauklah gamaknya.
Etenden Pump: Takleh dik, paling koman pun tiga hengget
Bukan memperlekehkan nilai satu ringgit, cuma kalau selai memang takde gunanya sangat. Tapi kalau dah jadi banyak camni, mau juling mata dibuatnya...
p/s: Simpanan untuk edar kat budak-budak pada Hari Raya. Budak-budak tak reti kira, elokla bagi Singgit sorang je...
eskrem mcd pun rm 1.05 sen huuu
Aahla... Seringgit pun kena cukai. Adesss...