:: Kepulangan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 7/07/2009 11:19:00 PG

0

Takde yang menarik untuk kali ini untuk aku ceritakan. Cuma aku rasakan, baru semalam je berlaku 06/07/08. Tapi rupanya semalam jugaklah cukup setahun aku bergelar 'tunangan orang'. Hajat di hati memang nak settle down cepat, tapi memang tak dapat nak segerakan. Dah sampai aku tak tau nak jawab apa ntah kenapa mesti ditangguh. Memang tak dapat dielakkan, dan itulah hakikatnya. Aku harap, lepas dia habis belajar KPLI tu, bolehlah fikirkan dengan segera dan jangan ada lagi perkataan mesti tangguh dari pihak sana. Aku dah penat dah nak menunggu. Dalam tempoh setahun ini, macam-macam yang tak tersedar berlaku mungkin kerana aku semakin kurang memberi perhatian. Semakin jauh, semakin aku sukar nak menjaga hati agaknya. Ntahla, aku memang mudah lupa. Rimas mungkin... Tapi tidak bagi dia. Bersyukur kerana dia masih bertahan dengan sikap aku yang sukar memberi tumpuan...

Minggu ini aku dapat pulang ke Ipoh. Setelah hampir 2 bulan aku tak dapat menjejakkan kaki ke kampung halaman. Ini adalah kerana hajat aku pulang untuk bertemu dengan Mak dan Abah mesti ditunaikan. Tapi dalam tempoh 2 bulan aku tak ke sana, Mak Abah pula turun ke sini (KL). Dapatlah melepaskan kerinduan walaupun tidak ditunjukkan pada bentuk fizikal. Cuma hati je berkobar-kobar dapat jumpa mereka. Kepulangan aku ke Ipoh haritu pun sebenarnya memang dirancang. Memandangkan kerja kat office aku berlambak, tetapi kerana telah berjanji dengan mereka aku pulang juga. Aku taknak mengecilkan hati mereka. Biar sahajalah aku bersusah payah sikit, tidak mengapa.

Kepulangan aku yang tak begitu lama, cukuplah sekadar dapat kembali ke "tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain", aku sudah berpuas hati. Kepulangan yang mungkin sebentar, di mana Ahad pukul 2 petang dah pulang untuk menyiapkan kerja-kerja hakiki. Menggunakan perjalanan selama 4 jam di jalan lama Ipoh-Kuala Lumpur, membuatkan aku segar mata. Tak perlu tergesa-gesa, kerana aku tenang sahaja menggunakan jalan ini. Boleh tengok pemandangan kampung orang dan selesa mata melihat keindahan ciptaan Allah. Berbanding dengan jalan lebuhraya yang mana sekuat hati menekan padel minyak, tapi keadaan sekeliling cuma dipenuhi gunung-ganang yang kosong lagi suram. Nak berhenti rehat pun cumalah di kawasan yang disediakan sahaja. Jalan lama bolehla berhenti kat masjid ke, bolehla berhenti seketika untuk melakukan ibadah hendaknya dan menyegarkan mata.

Perjalanan yang terang lagi menenangkan tanpa hujan, aku tersentak dengan kehadiran Toyota Unser yang tak tau dari mana datangnya, sepanjang perjalanan aku mengikutinya. Mungkin kerana dia menggunakan nombor serupa dengan aku menjadikan aku ghairah memerhati seperti tak perlu melihat sekeliling lagi. Tak cepat dan tak juga lambat, aku teruskan memerhatikannya sehingalah dia masuk ke highway Tanjung Malim. Lupakan mengenainya, dan aku teruskan perjalanan menggunakan jalan lama sehingga ke Rawang. Sekitar pukul 6.30, aku sudah sampai ke rumah. Berehat sebentar, di mana kerja-kerja yang masih berbaki perlu aku siapkan untuk menunggu kehadiran esoknya...

p/s: masih sempat 'spot' semasa sedang memandu...

Comments (0)