:: Sekitar Hari Perlawanan Malaysia vs MU ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 7/19/2009 12:16:00 PG

2

Tepat sahaja pukul 5.30 petang, sepak mula antara Malaysia menentang Manchester United dalam perlawanan persahabatan bermula. Malaysia tampak menunjukkan garang apabila memberikan saingan kepada pasukan lawan dengan jaringan 2 berbalas 2. Namun, persaingan tetap rancak dan akhirnya memihak kepada pasukan Manchester united apabila memintas Malaysia dengan jaringan 3-2. Satu pengalaman menakjubkan yang nyata boleh memperbaiki lagi permainan untuk perlawanan seterusnya pada hari Isnin ini apabila Alex Ferguson bersetuju melakukan perlawanan kedua kerana Asia Tour ke Jakarta terpaksa dibatalkan disebabkan tragedi bom tempat mereka akan menginap di sana.

Malaysia XI (2)
Amri Yahyah (45', 54') 
Manchester United (3)
Rooney (9'), Nani (27'), Owen (85')
KUALA LUMPUR 18 Julai - Berita baik buat peminat fanatik Manchester United apabila juara Liga Perdana England itu bersetuju untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Malaysia, Isnin ini.

Perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam itu diatur penganjur, Pro Event bagi menggantikan perlawanan menentang Indonesia di Jakarta yang terpaksa dibatalkan kerana insiden letupan bom yang berlaku di negara itu.

Tiket-tiket bagi perlawanan persahabatan kedua United-Malaysia ini boleh dibeli di kedai-kedai rangkaian barangan sukan Nike dan Al-Ikhsan atau melalui internet (www.ticketpro.com) pada harga RM58 dan RM308.

Comments (2)

ni camera nizam ke?? gilernye clear!

Guna kamera DSLR berlensakan 70-300mm semaksimum habis. Confirm clear. Tapi kalau pakai lensa 1000mm, sure nampak jerawat diorang. :D