:: Mimpi Mainan Tidur ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 7/17/2009 10:21:00 PG

0

Mimpi adalah mainan tidur yang nyata menyesatkan umat manusia. Tidak terkecuali pada saya yang mengalaminya malam tadi. Sungguh menakutkan sehinggakan apabila terjaga dalam keadaan berpeluh, mengucap panjang setelah berjaga. Bukanlah bermaksud saya takutkan hal-hal ghaib ni, tapi nyata perkara-perkara ini tidak mustahil terjadi pada mereka yang lemah semangat untuk berasa takut.

Kejadian mimpi malam tadi membuka satu pengalaman baru pada saya untuk jangan memikirkan sesuatu yang kurang elok sebelum tidur. Kejadian berlaku di mana saya sedang menutup lampu sebelum tidur dan saya terperasan sesuatu yang aneh pada ampaian pakaian putih saya yang menyerupai bungkusan 'mayat' pada tuala saya. Dengan rasa pelik dan seakan tidak selesa pada pandangan tersebut, maka saya mengalihkan kedudukan tuala itu ke tempat lain. Selang beberapa minit saya terlelap.

Suasana malam seakan terus berjalan di dalam mimpi. Permainan tidur yang sangat menakutkan terus berlaku. Maka berlaku dan menjelmalah adegan-adegan apa yang saya fikirkan sebelum tidur tadi. Tak dapatlah saya ceritakan butir-butir cerita dalam mimpi itu kerana jalan ceritanya saya dah tak berapa ingat dan kabur. Ianya berkisarkan tentang mayat yang telah mereput dan bagaimana saya perlu menghadapinya kerana bayangan itu sentiasa mengikuti saya. Dan mayat itu bangun dan seakan akan mahu menyerang saya. Astagfirullahal adzim... Kemudian, saya terus terjaga dari tidur. Dalam keadaan berdebar-debar dan badan berpeluh, terus saya mengucap. Lihat jam hampir memasuki pukul 5.30 pagi. Dalam samar-samar malam, saya menyalakan lampu meja, dan terus termenung sehinggalah masuk Subuh. Bayangan dalam mimpi itu terus menjelma dalam ingatan dan lama-kelamaan saya cuba mengkaji jalan cerita itu dari mula, tetapi lupa kenapa saya bersama dengan mayat itu.

Pengajaran dalam mimpi ini, sebelum tidur eloklah membaca sedikit ayat-ayat Al-Quran dan sebelum tidur juga janganlah membayangkan sesuatu yang boleh dibawa-bawa ke dalam mimpi. Mujurlah ia hanya mimpi, kalau tidak? Arghhhhh!!!!!

p/s: Ramai orang kata Cerita Harry Potter sangat seronok. Tetapi kenapa saya tengok semalam cerita ini sangat lembab dan membosankan? Maka saya tidur saja di dalam panggung dalam keadaan mematungkan diri... Kelebihan pada orang yang tidak berdengkur.

Comments (0)