:: huhu ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Riadah Minda | Posted on 7/09/2009 04:35:00 PTG
2
Kerja saya terlalu banyak. Huhu... Sekali datang macam tak cukup tangan je nak buat kerja. Huhu... Rasa cam nak benti kerja je. Huhu... Tapi kalau benti saya nak makan apa? Huhu... Lepas berenti, duit boleh tak datang dari langit ke? Huhu... Lepas tu huhu... dan huhu seterusnya huhu...Mana datang perkataan 'huhu' ni? Sejak bila plak saya terjebak dalam kancah perkataan pelik-pelik ni? Huhu... Sengaja mengikut orang lain barangkali, rasa cam comel je sebut perkataan ni. Tapi apa maksud 'Huhu' ni? Untuk menggambarkan apa sebenarnya?
Sejak setahun dua ni, perkataan 'huhu' ni dah menjadi satu kemestian setiap kali berbicara menerusi chat tak kiralah ianya berbentuk Yahoo Messanger ke, SMS ke... Sejak bila, 'huhu' ni diperkenalkan? Siapa yang memperkenalkannya? Bagi saya, perkataan 'huhu' ni mungkin menggambarkan untuk memberi 'jawapan mati' atau penutup kepada sesuatu 'pertanyaan tanpa jawapan'. Ianya juga mungkin menggambarkan dalam jawapan marah yang menutup rasa geram. Perkataan 'huhu' ni mungkin menjawab jawapan secara bersopan... Contohnya:
Amran: Aku bengang betulla dengan Farid tu, rasa nak pukul je keting dia!!!Ayat di atas adalah sebutan yang boleh disama ertikan kat mana dia boleh menggunakan perkataan 'huhu' ni. Di dunia chatting ni, banyak perkataan baru yang saya dapat perolehi, mungkin ianya mendatangkan kebaikan atau keburukan, hanya kita sendiri yang dapat membezakannya sama ada perlu digunapakai atau tidak...
Saman: Ko sabar dulu, kalau boleh kita settle cara lembut. Kalau tak jalan gak, kita labi ramai-ramai.
Amran: Kalau ikut hati memang aku nak sumbat je alu lesung kat gigi dia!! Tapi dia kuat seh, mana aku berani... Huhu...
Saman: Tau pun, aku ni cakap je power, tapi sama gak cam ko... Huhu...
Memang nak kena betul entri ni..huhu
Huhu... Huhu... Huhu...