:: [Michael Jackson] Hari Ni Dia, Kita Bila Lagi ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Ucapan | Posted on 7/08/2009 02:22:00 PTG
4
Bukanlah mengagung-agungkan, tetapi memang hakikatnya aku membesar dengan lagu-lagu Michael Jackson. Bukanlah dia adalah idola aku, tapi, lagu-lagunya seolah-olah macam baru semalam je dia terbitkan albumnya. Tak kisahlah sejak dari zaman Jackson 5, mahupun Michael Jackson bergerak secara solo. Kalau diikutkan, vokalnya bukanlah sesedap mana pun, tetapi gerak tarinya seolah-olah buatkan aku sangat teruja dan tak pernah buat aku jemu. Tarian kebanggaan 'Moonwalk' sangat dikagumi semua orang sehingga cuba mempraktikkannya. Ianya sangat praktikal.
- INFO: CATATAN HAYAT MICHAEL JACKSON
- 29 Ogos 1958: Dilahirkan di Gary, Indiana.
- 1964: Mula mengadakan persembahan bersama The Jackson 5.
- Awal 1980-an: Perubahan pada penampilannya mula dikesan.
- 30 November 1982: Album Thriller dipasarkan.
- 25 Mac 1983: Persembahan pertama memperkenalkan teknik moonwalk.
- 14 Mei 1984: Menerima pujian daripada Presiden Reagan atas kerja amal yang dilakukannya.
- 1988: Berpindah ke Neverland.
- April 1988: Autobiografi Moonwalk diterbitkan.
- 5 April 1990: Menerima penghargaan daripada Presiden Bush atas kerja amalnya.
- 30 September 1992: Melancarkan Yayasan Heal The World.
- Mei 1992: Berkenalan dengan Jordan Chandler yang berusia 13 tahun.
- 10 Februari 1993: Temu bual bersama Oprah Winfrey mengenai penderaan yang dialaminya ketika kanak-kanak.
- 18 Ogos 1993: Polis Los Angeles memulakan penyiasatan apabila Chandler membuat laporan dia dicabul.
- 13 November 1993: Membatalkan konsert jelajah, Dangerous dan menerima rawatan di pusat pemulihan di London.
- 1993: La Toya secara terbuka menuduh Michael seorang pedofilia, bagaimanapun menarik kembali kenyataannya itu.
- 1 Januari 1994: Menyelesaikan kes dengan Chandler dengan bayaran antara AS$10 - 22 juta.
- 26 Mei 1994: Mengahwini Lisa Marie Presley.
- Januari 1996: Lisa memfailkan perceraian.
- 7 September 1996: Konsert jelajah HIStory bermula.
- 14 November 1996: Mengahwini Debbie Rowe.
- 13 Februari 1997: Michael Joseph Jackson, Jr dilahirkan.
- 3 April 1998: Paris-Michael Katherine dilahirkan.
- 8 Oktober 1999: Bercerai dengan Debbie.
- Februari 2002: Prince Michael Jackson II dilahirkan.
- 3 Februari 2003: Siaran Living with Michael Jackson disiarkan yang mana dia berpegangan tangan dengan Gavin Arvizo, 13.
- 18 November 2003: 70 pegawai polis menyerbu Neverland.
- 18 Disember 2003: Michael didakwa melakukan pencabulan terhadap Arvizo.
- 13 Jun 2005: Didapati tidak bersalah atas dakwaan yang dihadapinya.
- 10 Mac 2009: Mengumumkan This Is It Tour yang akan bermula Julai.
- 25 Jun 2009: Meninggal dunia kerana sakit jantung.
Pernahlah satu ketika dulu, masa Michael Jackson ni akan datang kat Malaysia menerusi "HIStory World Tour" nya, Majalah 3 membuat liputan mengenai Michael Jackson ni, abang aku siap rakam lagi kat VCR rancangan tu. Hampir setiap waktu, abang aku pasang VCR tu kat TV. Sampai aku naik hafal apa yang berlaku menerusi rakaman tu. Tapi sekarang ni, dah musnah kerana zaman VCR sudah tiada lagi, merosakkan rakaman yang dimakan masa. VCR tu pun dah ke mana ntah perginya. Ingat lagi ke Angah?
Michael Jackson ni bukanlah sesiapa pun bagi aku, tapi dia sudah tiada pun kat dunia ni. Bermacam-macam gosip mengenainya berkenaan kisah gelapnya yang dituduh melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak mendatangkan sikap meluat aku pada dia. Baik juga dari kisah pembedahan plastiknya yang rasanya nak mengubah kejadian tuhan menambah rasa meluat aku pada dia. Tapi walau rasa meluat aku melampau-lampau macamanapun, dia tetap Super Star. Aku tak peduli kisah hidup dia, tetapi atas rasa sedar aku bakat dia yang melampau-lampau pada tarian 'Moonwalk', aku tetap lupakan kisah buruknya. Ada aku peduli? Hehe...
Satu hari aku dapat tau dia telah memeluk Islam membuatkan aku rasa sangat gembira. Tapi mungkinkah mudah aku mempercayainya? Sekadar gosip kosong tanpa bukti, aku mengiyakan sahaja. Aku memang tak mudah percaya, kalau dia masuk Islam, eloklah. Semoga rohnya dirahmati, tapi itu kerja Allah untuk mengadilinya. Sehinggakan masa dia dah mati pada 25 Jun lalu pun aku cuma menganggap ianya cuma sekadar cerita-cerita kosong. Sampailah aku buka berita online memang betul dia dah mati. Barulah aku percaya dia sudah tak ada lagi.
Kini, setelah dia dah tiada, mendengarkan lagu-lagunya macam dia masih segar lagi di zaman kegemilangannya. Ambillah iktibar, kita yang masih hidup ni, masih panjang lagi perjalanan. Walau se Super Star manapun atau sekaya mana anda sekalipun, dia tak bermakna lagi bila seruan maut sudah sampai. Hanya lagu-lagunya sahajalah tinggal kenangan.
Best Live Perform
p/s: Baru aku tau, Micheal Jackson menukar rupa bentuk fizikalnya adalah kerana dia benci melihat zaman lampaunya. Bapaknya juga mengutuk kehodohan muka Micheal Jackson dengan menganggap dia berhidung besar.
ha...sbb tu la ak mcm nk sekeh je sapa benci die...hidup die sunyi..sedey...huhu..sobb..sob...
Aku tak benci dia, tapi aku tak suka cara dia mengubah keadaan rupa dia yang hitam manis tu...
time tu dia xde pegangan g...tambah2 ilang keyakinan kt diri sendiri..ramai org kutuk dia..bpak dia pu...dia nak hepikan org len..sggup musnahkan idup sendiri...ape2pun..dia dh msk islam..dah jd cam baby blk..mybe ALLAH da ampun suma dosa2 dulu...wallahualam...tp dancing dia mmg POWERRRR!!!
Tak tahu sejauh mana kebenarannya dia masuk Islam. Tapi kalau betul dia masuk Islam, Syukurlah...
Hanya itu kerja Allah yang mengadilinya...